Monday, November 22, 2010

MACAMLAH KAU BAGUS SANGAT


Rata-rata ramai yang marah dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan Malaysia diluar Negara. Apakah motif dia? Parti sendiri tonggang terbalik ada hati nak kondem orang lain. Apa hal pula dengan kau ni Anwar. Sudah memang orang menjadi resam beberapa orang politik semangat assobiyyah memang menebal baik yang bersongkok sama, berserban pun sama, yang Ultra Kiassu tak payahlah cerita. Mereka mengkriktik bukan kerana perkara yang tidak betul tetapi kerana mahu menjatuhkan orang lain. Berbalik kepada Anwar Ibrahim, kalau nak difikirkan betul-betul kelakar juga apa yang dibuat oleh mamat ni. Ketika sedang bergolak Parti Keadilan di Malaysia , Anwar sibuk bercakap soal demokrasi di luar. Walhal kita tahu kucar-kacir parti keadilan dek kerana sikap Anwar yang yang tak adil pada parti dan menjahanamkan demokrasi partinya sendiri. Parti sendiri hancur kau plak nak tadbir Negara. Cermin diri sendiri dulu. Ataupun dia ni memang suka menjahanamkan sesuatu. Macam Yahudi pula kau ye. Mana tak ya, kalau dah berkawan dengan Yahudi Freemansion macam itulah jadinya.

Dia selalu mengatakan dirinya terlalu bagus, bila mengatakan jika “saya menjadi Perdana Menteri”. Adakah perlu menjadi perdana menteri dahulu barulah bermacam-macam perubahan yang dia rasa fikirkan betul. Mungkin dia patut mencontohi ulama dan ilmuwan Islam terdahulu, mereka tidak berebut untuk memerintah walaupun diri mereka terlalu berpengaruh dan popular. Kalau ditanya ibnu Sinna hidup zaman khalifah mana? tentu ramai tak dapat jawap tapi kalau ditanya siapa tu Ibnu Sinna tentu ramai yang tahu. Nampaknya jelasnya Ibnu Sinna lebih popular dan dikenang sehingga sekarang dari pemenrintahnya sendiri. Mengapa terjadi begitu kerana sumbangannya kepada masyarakat begitu besar. Ala tengok sahaja Dato’Onn tak jadi PM pun namanya sentiasa disebut-sebut sehinggalah sekarang. Patutnya Anwar Ibrahim mencontohi mereka ataupun……mamat ni cakap jer lebih tapi tin kosong. Maklumlah berkawan dengan Yahudi Freemansion tahu-tahu sahajalah objektif pertubuhan Yahudi tu.

Apa yang lebih kurang ajar ada cerita yang disampaikan tidak betul dan fitnah semata-mata, seperti yang dia cakap kes pembunuhan yang tiada jawapan. Hoi senggal! dulu tak pernah jawap soalan matematik ke Anwar? Bukan ke, selagi jalan kerja tak siap macamana nak dapat jawapan. Bukankah Kes Teoh Beng Hock masih dalam siasatan lagi, kenapa kau cakap kes tu tak terjawap. Tak faham ke perkataan dalam siasatan. Kes liwat kau tu sampai sekarang tak terjawap kau tak cerita pula ya. Dahlah tu sibuk tangguh-tangguh yang kejinya minta pengaruh luar supaya gugurkan kes tu, guna Parlimen lagi tu. Apa hal dengan kau ni.

Dari dulu sejak UMNO lagi kau ni memang suka mengutuk jer. Cuba-cubalah taubat sikit, kau ni suka ngutuk orang buat kerja. Orang tu terus buat kerja dengan cemerlang dan kau pula terus nak mengutuk tak ada faedah pun, pasal orang tu tak akan dengar cakap kau lebih baik kau buat benda baik tunjukkan akhlak yang baik barulah orang respek. Janganlah anggap diri bagus sangat yang lagi menampakkan kau ni macam Perdana Menteri syok sendiri.

Saturday, November 20, 2010

KENAPA SEJARAH PENTING

Dalam politik benda yang betul akan jadi tak betul jika perkara itu diutarakan oleh bukan kroninya itulah semangat assobiyyah dalam politik. Seperti saya katakan dulu mereka terlalu peduli dari siapa kebenaran itu datang bukan kerana dari mana kebenaran itu datang. Saya betul-betul amat kecewa dengan Parti yang semakin hari semakin diambil alih oleh golongan edrogen iaitu PAS kerana tidak nampak sokongan mereka dalam dasar ini oleh kerana takut akan dimarahi oleh Parti DAP. Mungkin saya patut cakap dengan pemimpin PAS ni. Islam itu berprinsip jadi janganlah kerana takut dengan manusia DAP tu, prinsip Islam hang pa buang. Mengapa saya kata sejarah itu penting pada Islam, hal ini kerana di dalam Al-Quran sendiri Allah s.w.t telah menceritakan beberapa kisah terdahulu sebelum kedatangan Islam lagi. Untuk apakah itu? Adakah suka-suka sahaja? Bukankah Al-Quran itu pentunjuk dan panduan bagi umat manusia. Sejarah merupakan satu pengajaran kepada kita sama ada untuk kita menhargai,mengagumi,mencontohi ataupun menghindari dari ianya berulang. Dalam hadis sendiri Rasulullah bersabda “Orang Islam yang baik tidak akan dipatuk ular ditempat yang sama”.Sebagai orang yang pernah mengambil sejarah dalam STPM, bagi saya subjek sejarah cukup unik kerana cara menjawapnya dalam bentuk penganalisaan. Jika kita cakap sejarah itu subjek hafalan mungkin di SPM ya tapi tidak di STPM. Sebab itu kalau kita melihat sejarahwan Negara kita, mereka semuanya bijak berhujah kerana mereka pandai membuat penganalisaan. Dan tidak hairanlah mengapa dulu ada yang berkata nak jadi peguam mesti pandai sejarah.

Namun mengapa ramai yang menganggap subjek sejarah merupakan subjek yang membosankan, salah satu yang saya tahu langkah kerajaan dulu tidak begitu menitikberatkan subjek ini punca menjadikan subjek terlalu bosan untuk dipelajari mana tidaknya kebanyakkan guru sejarah adalah guru tangkap muat mereka tidak banyak membaca dan hanya bergantung kepada buku teks dan rujukan semata-mata. Dan psikologinya pula, buat apa pelajar mahu tumpukan perhatian sedangkan mereka boleh membacanya di rumah sebab itu subjek sejarah boleh dikatakan subjek mengantuk. Seperti seorang ibu membacakan buku cerita kepada anaknya sebelum tidur.Yang ke-dua saya tahu tentu ramai yang cakap sejarah tidak penting dalam mendapatkan pekerjaan, tapi pernahkah ada orang tanya pasal bab sembahyang ketika kita ditemuduga? Kalau tiada adakah menunjukkan yang sembahyang itu tidak penting? Kalau kita kurang membaca sudah tentu kita gagal membuat penganalisaan yang baik. Sejarah memang tidak Nampak menyumbangkan apa-apa pada ekonomi pada zahirnya namun secara batinnya dan halusnya sejarah banyak mempengaruhi pembentukkan budaya dalam sesebuah Negara. Bagaimanakah sesebuah Negara mahu maju sekiranya rakyatnya tunggang langgang. Orang-orang Yahudi begitu amat menitik berat soal sejarah bangsa mereka dan sejarah bangsa mereka adalah perkara yang diwajibkan dalam agama mereka. Namun ini tidak bermaksud saya ni pro Yahudi tetapi saya hanya ingin menjelaskan mereka tahu dari budaya, akan bentuk sebuah bangsa, dari bangsa akan bentuk sebuah Negara. Perkara ini jarang difikir oleh kita namun perkara ini sangat dititik beratkan dalam Islam dan pernah dibuat oleh baginda Rasulullah s.a.w. Dan orang-orang Yahudi telah meniru cara ini namun orang Islam lalai dalam hal ini.

Pada saya sejarah amat penting kerana subjek akan membentuk kesedaran,latihan, dan pemerhatian kepada kita. Jangan terlalu menjumudkan pendapat yang sejarah ini hanya sekadar untuk kita tahu sahaja kerana seperti saya katakan tadi kerana sejarah boleh membentuk kesedaran kita, latihan kita untuk berhujah berlandaskan fakta dengan keyakinan dan membentuk pemerhatian kita dalam membuat penganalisaan yang baik dan tepat bukan pakai pendapat jer. Sejarah penting untuk orang Melayu kerana untuk mereka tahu yang kita pernah lalui zaman kejatuhan dan hargailah mereka-mereka yang berjuang untuk membangunkan semula. Sejarah juga penting untuk orang Cina dan India agar mereka tahu dasar kerajaan tidak pernah menindas mereka seperti yang diwar-warkan oleh fahaman Ultra Kiassu yang menentang cadangan ini kerana fahaman Ultra Kiassu mereka tidak akan dapat disebarkan apabila langkah Kerajaan mewajibkan subjek sejarah.

Saya juga dibentuk oleh sejarah, saya bekerja di JUSCO dengan gaji yang rendah, namun saya tetap menerimanya kerana pasaran kerja memang terhad sekarang ini dengan kelulusan STPM sahaja terlalu mustahil untuk mendapat kerja dengan gaji yang lumayan dalam sektor swasta. Setelah mendapat kerja sebagai pembantu perpustakaan di sini dapatlah membantu keluarga malah kerja pun tidak terlalu tertekan. Saya percaya jika saya tidak bekerja di JUSCO sudah tentu saya adalah pekerja yang dalam pemerhatian dan pemalas. Dari sinilah saya belajar untuk menghargai peluang yang telah diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita. Sejarah bukanlah tentang hal-hal Negara sahaja tetapi juga tentang diri kita untuk kita belajar dalam kehidupan ini.Ada orang pernah berkata “Experience not only the best teacher but only the teacher”. Bukankah pengalaman itu adalah sejarah.

Monday, October 25, 2010

FILEM ISLAM DAN FILEM PATRIOTIK.


Saya terbaca satu artikel akhbar tentang terbitan filem Islam di Indonesia yang semakin hari mendapat tempat dalam masyarakat tempatan. Penulis itu membandingkan filem Malaysia yang hanya berkisarkan unsur cinta,komedi dan gejala sosial sahaja serta tidak membangun,sememangnya saya sokong. Namun saya tertarik pada bahagian bila dia memberi contoh filem Syukur 21 merupakan filem Islam yang pernah diterbitkan di negara ini telah berdetik hati saya untuk menulis. Apakah filem Islam pada pandangan kita?

Terus terang saya cakap, saya sebenarnya tak berapa gemar nak tengok cerita Indon pasal kebanyakkan cerita kat sana semuanya mengetengahkan percintaan dalam Islam,saya bukan tidak bersetuju tetapi saya bab cinta ini terlalu susah nak masuk. Lagipun Islam itu mempunyai skop yang luas untuk diterangkan. Saya bukan nak kutuk cuma tak layan jer lagipun saya tak nak komen apa-apa sebab saya tak tengok cerita tu. Saya Cuma tertanya dalam diri saya apakah filem Islam mengikut tanggapan kita?

Filem yamg baik mempunyai mesej yang baik,berbalik kepada penulis itu bila dia mengatakan filem syukur 21 merupakan filem Islamik saya kurang bersetuju. Mungkin pengarah filem itu ada mesej untuk disampaikan tapi saya rasa mesejnya kurang jelas dan gagal disampaikan. Saya telah menonton filem itu, apakah yang menampakkan filem itu sebagai filem Islam, adakah dengan kehadiran kumpulan nasyid terkenal iaitu Raihan telah meletakkan filem itu sebagai filem Islam ? Adakah dengan berlatar belakangkan masjid penduduk yang berjubah meletakkan filem itu sebagai filem Islam ? Sememangnya manusia memang dari dulu melihat luaran dari dalaman. Pada saya, filem Islam itu mestilah mempunyai nilai-nilai Islam dalam jalan ceritanya, dan nilai itu merupakan perkara utama yang diketengahkan disamping berniat untuk memberi ilmu kepada penonton. Saya pernah menonton cerekarama tv3 diantara drama Islam yang saya ingin berkongsi dengan anda ialah Khalifah, Sebesar Zarah dan Kelahiran Semula. Dalam drama ini tidak memaparkan imej, hero yang berjubah, tetapi sebaliknya mesej yang disampaikan begitu mendalam sekali. Janganlah gah dengan imej Islam yang ditonjol tetapi pengisian pada cerita terlalu kurang seperti meletakkan adengan tertentu sebagai perhiasan yang memperlihatkan filem itu filem Islam. Sebenarnya penerbit kita tidak berani untuk menerbitkan filem Islam kerana tidak faham konsep filem Islam ini,kerana itulah mereka tidak nampak kekuatan Islam itu sendiri. Penangan drama Nur Kasih patut dijadikan contoh bagaimana nilai-nilai Islam itu sebenarnya mendapat tempat dikalangan hati penonton.

Begitu juga dengan filem patriotik, kedua-dua filem ini bukanlah perkara yang mudah untuk dihasilkan. Seperti yang saya katakan tadi, pengisian perlu dititik beratkan, sekiranya diperlekeh maka jadilah cerita yang ntah apa-apa. Mungkin anda tidak dengar cerita bagaimana Erma Fatima dikritik kerana teater Natrahnya kerana beliau tidak meletakkan pengisian dalam teater itu. Saya kurang berpuas hati apabila salah seorang penerbit di Malaysia mengatakan yang anak muda sekarang tidak patriotik berdasarkan filem yang diterbitkan gagal di pawagam. Apakah makna filem patriotik pada kita? Bagaimana hendak patriotik jika mereka yang bertanggungjawab tidak menterjemahkan maksud patriotik dalam konsep yang sebenar. Apabila saya menonton filem Pardesh lakonan Shah Rukh Khan dan Mahima Chaundry, saya berkata dalam hati yang inilah adalah filem patriotik tanpa disangka diakhir cerita itu memang diterbitkan sempena hari kemerdekaan India. Mengapa saya berkata filem Pardesh filem patriotik, kerana dia menunjuk rasa kecintaan pada Negara,mempertahan maruah,berbangga dengan identiti mereka dan banyak lagi yang boleh anda lihat. Tetapi di Malaysia, penerbit kita seperti melihat filem patriotik itu adalah filem yang berkisarkan peperangan semata-mata ditambah pula peperangan merupakan latar belakang filem itu namun pengisian semangat patriotik terlalu kurang. Sebab itulah filem itu gagal mendapat dikalagan hati penonton kerana mereka menganggap filem itu filem yang biasa bukan filem patriotik. Di antara filem patriotik yang Berjaya di Malaysia ialah filem Bukit Kepong, kalau ditanya 10 orang saya percaya 8 atau 7 darinya akan mengatakan Bukit Kepong terbaik. Mengapa saya tidak cakap filem Leftenan Adnan ke, Embun ke, sebaliknya begitu respek dengan filem yang dah lama ini. Sebabnya Dato’ Jins Samsudin tahu apa yang dikatakan filem patriotik, Dan beliau meletakkan mesej sebagai perkara utama bukannya hiburan. Dia mahu orang tahu perjuangan orang dahulu sebab itulah filem Bukit Kepong selalu disebut sebagai filem yang patriotik yang terbaik di Malaysia walaupun sudah lama diterbitkan dengan teknik penghasilan tidak secanggih sekarang. Sekian.

Sunday, October 17, 2010

5 BUKU YANG SAYA SUKA

Saya mulanya bukanlah seorang yang gemar membaca, namun setelah bekerja di perpustakaan minat membaca terbentuk. Walaupun tidaklah sehebat mana tetapi saya dapat merasakan perubahan dalam diri saya dari sebelum ini. Di sini saya mahu berkongsi dengan anda apa yang saya baca dan sekiranya anda menjumpai buku ini bacalah bukan untuk anda sahaja tetapi juga untuk orang lain sekiranya anda sampaikannya.





1.JATUHNYA SEBUAH TAMADUN

Saya sebenarnya igin tahu bagaimana empayar Islam jatuh. Apabila saya meilihat buku ini saya terus pinjam dan setelah habis saya baca saya terus mencari untuk tujuan koleksi peribadi. Dalam buku ini menceritakan dengan lengkap tentang kerajaan Islam sejak dari zaman Rasulullah sehinggalah zaman khalifah Uthamniyyah di Turki. Saya rasa pertubuhan Hizbur Tahir patut membaca buku ini.



2.BUKTI-BUKTI SAINS DAN SEJARAH KERASULAN MUHAMMAD
Dunia sekarang semuanya memerlukan fakta bila mahu berhujah, dari fakta bermulalah logik. Islam bukan sahaja benar tetapi logic. Walaupun kita sudah menjadi orang Islam sejak dilahirkan, tidak semestinya kita tidak perlu belajar tentang keindahan Islam itu sendiri. Dari inilah datang iman, agar kita menjadi orang Islam yang beriman bukan hanya Islam pada i.c. Sejak dulu lagi saya percaya kehebatan Islam itu sentiasa dapat dibuktikan melalui sains. Kerana zaman sekarang zaman sains maka kita perlu tahu tentang sains, kerana sains sebahagian dari Islam.



3.HIMPUNAN HADIS SAHIH
Nabi telah bersabda “Peganglah 2 perkara ini Al-Quran dan Hadis dan nescaya kamu tidak akan sesat”.Oleh kerana Al-Quran kita telah ditekankan maka hadis saya lihat begitu kurang. Namun dek kerana ramai benar ajaran sesat dan fatwa yang mengarut-mengarut hari ini maka saya rasa perlu jika kita mempelajari hadis walaupun tidak banyak sekurang-kurangnya kita perlu tahu agar kita tidak terpesong dalam agama kita.




4.BIOGRAFI DATO’ ONN
Ramai yang tidak sedar bahawa Dato’ Onn boleh dikatakan orang yang telah membawa Tanah Melayu kepada kemerdekaan hampir 99%. Sebaliknya ramai yang beranggapan bahawa Dato’Onn merupakan seorang ahli politik yang gagal dalam kariernya, walhal perjuangannya begitu besar kepada orang Melayu. Oleh kerana Dato’Onn merupakan pengasas UMNO maka tak pasal-pasal beliau telah terheret bersama kepada kancah politik semasa. Ramai juga tidak sedar Dato’Onn juga merupakan orang yang secara tidak langsung membawa kepada penubuhan PAS. Buku ini merupakan diantara buku pertama yang saya pinjam ketika bermula bekerja disini. Banyak perkara yang kita tidak tahu tentang Dato’Onn, jadi saya sarankan kepada semua bacalah tentang kehidupan tokoh orang melayu ini.


5.DALANG-DALANG KEHORMAT PEPERANGAN
Buku ini telah memberi jawapanya kepada saya setelah hampir 10 tahun saya tertanya-tanya. Kenapa Tun Dr. Mahathir memecat Anwar Ibrahim. Perkara ini bermula apabila Anwar Ibrahim mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa tokoh Yahudi Freemanson diantaranya ialah Paul Wolfworintz. Di dalam buku ini tidak pun menyebut nama Anwar Ibrahim namun pendedahan penulis buku ini tentang siapa dia Paul Wolfworintz, telah membuka mata saya siapa dia Anwar Ibrahim, mengapa dia begitu dilindungi oleh Amerika. Namun saya bukanlah mahu bercerita tentang Anwar Ibrahim tetapi tentang salah satu pertubuhan yahudi yang mengawal politik di Amerika. Mereka dikenali sebagai Neo-Konservatif. Neo-Konservatif bukan sahaja mengawal politik Amerika malah bertanggungjawab menjatuhkan Negara-negara Islam yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Tuesday, October 5, 2010

MANA SATU BETUL NI ?????






Blog,FaceBook,email,sebaran artikel,youtube dan banyak lagi yang seangkatan dengannya. Kalau ditanya tentang kebaikannya tentu 10 kita boleh kasi tetapi kalau ditanya keburukkannya mungkin satu kita boleh jawab. Apa keburukannya???? FITNAH. Walaupun Cuma satu saya sebut tapi kemudaratannya sangat besar.Mungkin satu ini mampu menewaskan 10 kebaikan yang kita fikir.Kecanggihan teknologi maklumat membuatkan manusia boleh berkata apa sahaja,kita boleh berkomikasi secara meluas tetapi yang tak eloknya bila nak mencarut, nak kutuk, nak mengumpat semua jadi boleh. Tapi kadang-kadang kita lupa hukum tetap hukum Allah Nampak apa yang kita buat, dia Maha Mengetahui apa agenda kita.
Sekarang saya nak ajak anda semua berfikir tentang fitnah ataupun tuduhan yang melulu, oleh kerana dunia IT membuatkan manusia boleh bercakap sesuka hati itulah yang mendatangkan bahaya. Bercakap tanpa berfikir, hanya berlandaskan emosi maka jadilah hasil penulisan yang teruk dan tidak membina tetapi sebaliknya hanya mendatang perpecahan sesama sendiri. Ada orang lebih percaya pada blog kerana beranggapan blog telus daripada berita di TV. Memang, saya tahu TV di Malaysia semuanya pro-kerajaan Barisan Nasional, mereka sengaja mengadakan provokasi untuk menunjukkan kerajaan BN baik dan pembangkang jahat. Namun apakah hujah yang mengatakan blog,email,artikel dan sewaktunya dengannya adalah sumber yang boleh dipercayai? Adakah hanya dengan mengkriktik kerajaan BN sahaja yang boleh mebuatkan sumber itu adalah sumber yang sahih. Saya amat pelik bin ajaib bila tersebarnya gambar super impose DS Najib dan Altantuya, semua orang percaya. Ada yang komen kebenaran sudah terbukti. Kenapa mereka percaya walhal gambar super impose itu tidak boleh mendakwanya dan menjadi bahan bukti malah dalam Islam sendiri pun perbuatan itu adalah haram. DS Anwar kata macam tu, DS Najib kata macam tu, jadi kita nak percaya pada siapa? Mana satu yang betul ni?

Tiru macam saya,kita jadi Hakim, bukan menunjukkan kita tidak menyebelahi mana-mana pihak tapi menjadi orang sewajarnya membuat keputusan dengan tepat,bagaimana nak buat keputusan dengan tepat? Dengan memerhati, ilmu dan analisis. Dengan bermacam-macam jenis penyebaran maklumat seharusnya kita perlu bijak menerima cara maklumat tersebut. Kita perlu dengar hujah kedua-dua pihak barulah kita tahu mana yang betul. Satu contoh mudah, saya pangkah Barisan Nasional, mengapa saya buat begitu, jawapan saya mudah sebab Pakatan Rakyat mengangkat DS Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. Saya tidak suka DS Anwar sebab dia dibela oleh Yahudi Freemanson , bukankah Yahudi Freemanson itu menentang Islam? Tapi orang tetap percaya pada Anwar? kerana “ orang tak peduli dari mana kebenaran itu datang tetapi dari siapa kebenaran itu datang”. Saya tidak menolak kemungkinan jika saya memangkah PAS satu hari nanti jika mereka menolak pengaruh endrogen dalam parti mereka. Mengapa saya berkata begitu kerana seperti saya katakan tadi kita sewajarnya bersikap seperti hakim dengan membuat keputusan berlandaskan ilmu,memerhati dan analisa. Tidak bolehkah kita jadi orang tengah kita tidak memihak kepada siapa-siapa. Jangan salah faham, kita hanya membuat keputusan yang kita fikir betul. Kita perlu membuat keputusan kerana keputusan yang betul mempengaruhi kehidupan kita. Kita tidak boleh duduk berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa. Sebagai contoh mengapa saya pilih Islam menjadi penganggan hidup saya bukan agama lain walhal bukan agama Islam sahaja yang wujud di dunia ini. Jawapannya seperti saya katakan tadi saya buat keputusan dengan ilmu, memerhati dan analisa. Dan sebab itu saya terus menjadi orang Islam.Oppss lupa nak cakap takut salah faham pula, saya menjadi orang Islam yang menjalankan suruhan Allah bukan Islam pada I.C sahaja seperti yang kita tengok sekarang ni.
Berbalik kepada perbincangan kita tak perlulah saya mengulas panjang tentang siapa yang betul siapa yang salah tetapi yang paling betul sumber yang tepat dan haram jika bantah adalah Al-Quran dan Hadis. Namun ada juga yang nak menafikannya sebab terpengaruh dengan ulama celup. Sebab apa saya kata Al-Quran dan Hadis paling betul,sebab ianya datang dari Allah s.w.t. Tahukah korang oleh kerana ramai orang eropah menganalis Al-Quran maka mereka terbuka hati memeluk Islam kerana mereka telah membuat keputusan yang tepat dari hasil melihat Al-Quran itu dengan Ilmu,Memerhati dan Analisa.

Wednesday, September 22, 2010

CERITA NATRAH YANG TAK POPULAR


Saya sempat menghadiri satu majlis ilmu tentang ulasan Buku Natrah hasil karya oleh Datin Seri Fatini Yaakob semalam (22 Sept 2010) malah beliau sendiri yang mengulas karya itu. Penulisan saya kali ini bukanlah untuk mengupas ataupun menambah apa yang telah bentangkan cuma saya terfikir sejauh manakah kita faham tentang isu Natrah ini. Kisah Natrah bukanlah kisah percintaan yang tidak kesampaian tetapi perjuangan orang-orang melayu pada ketika itu yang hati disatukan dengan semangat Islam. Saya harus tekankan disini mereka berjuang bukanlah kerana gadis bernama Natrah, tetapi kerana rasa marah mereka kepada penjajah yang berani mempertikaikan undang-undang Islam, mereka mengyanggah dengan undang-undang yang mereka cipta sendiri. Peristiwa ini merupakan salah satu peristiwa perjuangan dan perpaduan orang melayu dalam menuntut kemerdekaan dari British, peristiwa sebelum itu adalah penentangan terhadap Malayan Union. Kisah ini, kisah sejarah namun saya tertanya-tanya adakah generasi muda seperti saya faham dan sedar tentang kisah ini. Kisah bagaimana penjajah memandang bangsa yang dijajah. Kita ‘nothing’ apabila kita dijajah. Kita tidak boleh mentadbir tanah air kita mengikut acuan kita apabila kita dijajah.

Namun sekarang kita seperti terlena kerana sudah senang, kita tidak mahu belajar sejarah, kerana “perkara lepas tak usah dikenang”. Ada yang patut kita kenang supaya kita tak lupa dari mana kita bermula dan juga untuk mengatur strategi agar sejarah yang hitam tak akan berulang kembali. Jangan sangka laungan 7 kali kemerdekaan pada 1957 membuatkan kita kebal untuk diserang. Mungkin kita patut belajar dan lihat negara Palestin yang merdeka tetapi kemerdekaan mereka telah dicabul oleh Zionis, tidak lama lagi Iran pula. Kita selalu menganggap yang kita tidak akan dijajah lagi. Siapa yang berani menjanjikan yang kita akan bebas dari penjajahan selamanya? Walapun tidak dari segi ketenteraan sekalipun bagaimana secara halus. Mungkin ramai yang tidak tahu tentang kisah Tun Dr.Mahathir dan IMF. Carilah ceritanya…. Kalau nak tahu Tanya saya tetapi kalau nak dengar kena open minded

Baru-baru ini saya membaca beberapa blog tentang isu peritiwa Memali, mengapa isu itu ditimbulkan semula, walaupun pihak PAS pernah mengeluarkan kenyataan jangan kaitan Memali dengan PAS namun ada pihak yang cuba mengangguk di air keruh bukan pihak UMNO sahaja malah pihak Parti Pembangkang juga mengungkit kembali isu ini. Kerana apa ? kerana ada kepentingan politik. Mereka tak boleh membangkitkan isu Malayan Union kerana UMNO yang akan untung. Sejarah tetap sejarah, ianya sudah tertulis. PAS juga ada sejarah dan jasanya begitu juga UMNO. Mengapa ada pihak-pihak cuba mengeruhkan keadaan dengan membangkitkan dan memutarkan isu-isu yang boleh dipertikaikan. Mengapa tidak membangkitkan isu-isu sejarah yang mendidik generasi muda untuk belajar sesuatu yang mereka tidak tahu. Sejarah akan mendidik kita menjadi seorang pemikir yang betul, jangan rosakan minda generasi muda dengan cerita-cerita mengarut yang hanya menguntung diri sendiri lebih-lebih lagi hanya untuk tujuan politik

Sunday, September 12, 2010

ISU DOA LIM GUAN ENG DAN MASUK MASJID


Pada awalnya saya tidak terfikir untuk memulis tentang perkara ini dalam blog saya. Maklumlah saya bukannya seorang ahli ilmuan yang begitu bijak untuk menghuraikan isu ini secara lebih kemas. Lagipun sudah banyak ahli agama yang yang membincangkan isu ini, tidak perlulah saya bercakap perkara yang sama. Namun saya terbaca beberapa blog parti pembangkang dan kenyataan Dr.Asri. membuat saya terdetik untuk menulis tentang apa yang sebenarnya berlaku. Apa yang saya nak sampaikan di sini rupanya ramai kita tidak melihat isu ini secara lebih jelas. Ya saya tahu ada yang mempolitikan isu ini seperti menangguk di air yang keruh. Tetapi cubalah kita fahami maksud sebenar kenyataan Mufti Perak tentang pergerakkan parti Ultra Kiasu itu.

Bermula isu doa untuk Lim Guan Eng, laporan polis dan pengakuan imam tersebut terlalu berbeza. Mengikut laporan polis yang dibuat imam tersebut mendoakan kesejahteraan Lim Guan Eng manakala imam tersebut menafikannya sebaliknya mengatakan dia mendoakan supaya hati Lim Guan Eng terbuka untuk memeluk Islam. Salahkan kita mendoakan kesejateraan orang kafir ? Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a iaitu “Rasulullah s.a.w bersabda Janganlah memulakan ucapan salam kepada salam kepada Yahudi dan Nasrani dan jika kamu bertemu dengan mereka diperjalanan tolaklah mereka ke arah sudut yang sempit”. Dalam Islam ucapan Assalamualaikum merupakan satu ibadah sunat manakala orang ditujukan itu menjadi satu ibadah wajib baginya untuk menjawab. Ucapan “Assalamualaikum” merupakan satu doa, dan sekiranya Rasulullah melarang memberi ucapan “Assalamualaikum” kepada orang yang bukan Islam apatah lagi mendoakannya namun ada ucapan yang diajarkan oleh nabi. Di sebalik itu cubalah kita fikir, bagaimanakah Allah akan memberi kesejahteraan kepada orang kafir walhal mereka tidak menyembah Allah s.w.t adakah kita terfikir yang doa itu akan dimakbulkan. Sekiranya dia mati adakah dia akan berada di dalam syurga dek kerana doa kita itu. Dalam rekod sejarah Nabi dan para sahabat tidak pernah mendoakan kesejahteraan orang bukan Islam namun baginda pernah mendoakan agar dibukakan hati orang kafir untuk memeluk Islam sepertimana yang dilakukan kepada Saidina Umar Al-Khatab. Jika benar apa yang dikatakan oleh khatib berkenaan pada saya tidak salah sama sekali. Namun saya tertanya, mengapa dia tidak mendoakan tokoh-tokoh seperti Tun Mahathir agar Allah memperbetulkan akhlaknya dan orang-orangnya kerana, walaupun mereka berlainan parti, sekurang-kurangnya dia banyak berjasa kepada Negara antara jasanya terbesar ialah menyelamatkan Malaysia dari pengaruh Yahudi (Freemanson) tetapi maki hamun pula yang disajikan oleh mereka. Apakah istimewa Lim Guan Eng, yang banyak menyusahkan orang melayu Pulau Pinang. Walaupun saya tahu jawapanya tetapi saya tidak nyatakan di blog ini pembaca fikirlah sendiri.

Berbeza dengan isu masuk masjid oleh YB Teo Nie Ching, isu masuk masjid oleh wakil rakyat DAP bukanlah sesuatu yang baru di Selangor namun kali ini terkantoi oleh media lebih-lebih lagi media UMNO. Saya tertarik isu ini bila saya melihat pertelagahan pendapat oleh Tan Sri Harunsani dan Dr. Mohd Asri. Pada saya,pendapat kedua-duanya adalah betul, tetapi Tan Sri Harunsani Mufti Perak melihat keadaan dari sudut agenda parti kiasu manakala Dr. Mohd Asri melihat dari segi hukum.Sebab itulah mereka berbeza pendapat. Tidak salah sekiranya orang bukan Islam memasuki masjid sekiranya mengikut peraturannya. Pernahkah anda mendengar kisah Saidina Khalid AlWalid r.a memasuki Masjid Nabawi untuk bertemu Rasulullah walhal pada masa itu dia masih belum memeluk Islam. Berlandaskan kisah ini jelaslah tidak salah jika orang kafir memasuki masjid sekiranya berniat baik. Tan Sri Harunsani mempunyai pandangan yang berbeza kerana beliau sudah masak dengan perangai parti ultra kiassu ini. Jika kita lihat muktamar PAS tempohari semuanya seperti tidak beberapa setuju dengan gabungan antara PAS dan DAP. DAP sedar pengaruh mereka dikalangan warga PAS diperingkat bawahan sudah mula suram. Mereka bijak apabila melihat apa yang terjadi pada UMNO dari kegagalan mendapat sokongan dari masyarakat cina apabila MCA gagal memainkan peranan mereka dengan lebih baik. Kerana inilah mereka sedar yang perkara sama boleh terjadi pada mereka,bila mereka lihat sokongan di kalangan ahli PAS seperti mula berkurangan oleh itu mereka perlu melakukan sendiri. Dan teknik memasuki masjid dan memberi sumbangan adalah dianggap cara yang terbaik. Walaupun kita lihat situasi itu seperti baik namun kepada yang sudah tahu perangai Ultra Kiassu sudah dapat meneka dalam kesamaran seperti ada yang tak kena,seperti naluri mereka menolak saya pun sama merasainya. Saya melihat situasi di mana Islam tidak diletakkan sebagai No.1, apa yang saya maksudkan di sini seorang bukan Islam memberi sumbangan kepada orang awam di masjid seolah melihat kita dibantu oleh orang bukan Islam ditambah pula di dalam tempat yang mulia oleh orang Islam. Apa yang saya maksudkan tentang no.1 ialah, apabila orang kafir menjadi tetamu dan orang no.1 pada masa itu. Mungkin di situlah rata-rata umat Islam tidak boleh terima. Jika orang kafir datang sebagai tetamu kerana ingin melihat dan mengenali Islam mereka tidak akan digelarkan no.1 kerana mereka datang berjumpa dan ingin mengenali cara kehidupan Islam. Lagipun keadaan itu seperti sumbangan di dalam masjid itu boleh mendatangkan fitnah oleh musuh-musuh Islam.

Walaupun pihak PAS ada hujah yang betul tetapi saya harap mereka jangan terlalu memberi muka kepada DAP. Kerana selama ini DAP tidak langsung menghormati PAS. Ketika saya bekerja menjadi pelayan di sebuah gerai pada tahun 2004 (PRU11), saya terdengar perbualan ahli-ahli PAS Johor yang datang makan di situ. Mereka mengkritik DAP, namun dasar DAP tidak berubah sehingga sekarang,Ultra Kiasu mereka masih wujud malah mereka menyebarkannya ke dalam pemikiran masyarakat cina yang lain. Saya teringat kisah Nga Kor Ming yang membaca ayat Al-Quran ketika Pilihanraya kecil di Perak yang mendapat tentangan dari Mufti Perak. Walaupun ada hujah yang mengatakan membolehkannya namun saya tertarik dengan penjelasan Mufti Perak tersebut. Beliau berkata bagaimanakah dia(Ngar Kor Ming) boleh menggunakan ayat Al-Quran untuk berhujah sedang dia tidak beriman kepadanya (Al-Quran). Bagaimanakah kita bercakap sesuatu untuk menyakinkan orang lain sedangkan kita tidak percaya pada apa yang perkatakan itu, bukankah ini suatu yang pelik. Maka jelaslah mengapa Tan Sri Harunsani melarangnya kerana jelas mereka hanya mempergunakan ayat Al-Quran untuk kepentingan peribadi. Bukan orang kafir sahaja orang Islam sendiri pun dilarang menggunakan Al-Quran untuk tujuan yang salah. Berbalik kepada sikap PAS memang bagus mereka mahu memperkenalkan Islam kepada DAP tetapi saya lihat seperti tidak berjaya malah PAS sentiasa diperlekehkan oleh DAP. DAP tidak menghormati Islam walapun mereka tidak pernah menyatakan namun kita dapat lihat sikapnya yang langsung tidak menghormati sentiviti umat Islam. Antara sikap mereka yang mengkritik dasar ekonomi baru (DEB) yang sememangnya menguntung orang melayu yang sememangnya orang Islam. Pihak PAS perlu berhati dengan Ultra Kiasu ini takut nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.


Sunday, September 5, 2010

PANGKAT 20 TAHUN


Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini, anda merupakan pekerja baru kemudian anda diperkenalkan dengan staf-staf yang lain.Lantas secara tiba-tiba terpacullah dari mulut seseorang lebih kurang begini “Dia ni dah keje lebih 20 tahun”. Bagaimanakah reaksi anda, kagum? Terpegun? Neutral?

Tak kisahlah apa-apa yang reaksi yang dialami kerana itulah budaya masyarakat hari ini terlalu bermegah dengan kuantiti bukan kualiti. Saya teringat ketika saya bekerja di sebuah kilang, saya bekerja cuma berkhidmat disitu satu hari setengah sahaja. Pada hari terakhir saya cabut yang jatuhnya pada hari jumaat.Ketika saya ingin tahu pelepasan waktu solat jumaat saya telah bertanya dengan seorang lelaki yang dikatakan berkhidmat lebih 20 tahun. Inilah jawapanya “Kita orang memang tak ada pelepasan solat jumaat jadi kita orang tak solat jumaat, abang dah 20 tahun kat sini diorang tak pernah nak kasi”. Terkejut saya mendengarnya, namun saya difahamkan kebanyakan pekerja kilang solat jumaat 3minggu sekali. Saya tak peduli soal itu, saya cukup pantang kalau ada yang mempertikai soal masa solat, dulu saya pernah bergaduh dengan guru saya kerana saya solat melebihi 5 minit walhal guru saya itu beragama Islam. Berlandaskan situasi ini adakah orang seperti ini yang kita nak kagumkan? Walaupun sudah lama berkhidmat adakah menjamin seseorang meningkatkan nilai dan kualiti diri. Pernahkah anda mendengar senikata sebuah lagu “walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya”. Walaupun sudah lama kita berada di dunia kalau hidup tiada nilai dan kualiti maka hidup kita sia-sia sahaja. Ini juga telah diceritakan dalam hadis “Jika hidup kamu lebih baik dari semalam maka Kamu adalah orang diberkati, sekiranya hidup kamu sama dari hari semalam maka kamu adalah orang yang rugi dan jika hidup kamu lebih teruk dari hari yang semalam kamu adalah orang yang dilaknat”.

Saya bukan menulis untuk menghasut membenci mereka yang lebih tua jauh sekali tetapi hendak mengajak anda semua berfikir sejenak tentang bahawa betapa lama kita berada dalam sesebuah oragnisasi itu tidak menjamin kita menjadi orang yang hebat sekiranya kita tidak belajar dan berusaha menjadi yang terbaik.

Sebelum itu saya mahu mengingatkan sekali lagi bahawa saya bukan mengkritik mereka yang lebih tua daripada saya,tetapi saya sangat mengkritik mereka yang mengatakan diri mereka berpengalaman hanya kerana mereka sudah lama berkhidmat. Masyarakat kini selalu menganggap apabila mereka sudah lama bekerja maka mereka akan dianggap handal dan segala apa yang mereka katakan adalah betul dan tidak boleh diubah. Inilah satu anggapan yang salah pada saya kerana mereka yang berpegalaman adalah mereka yang belajar dari sesuatu keadaan bagi menjadikan keadaan yang sedia ada bertambah baik. Orang yang berpegalaman adalah mereka yang mempunyai inovasi,kreativiti,professional,bijak, berilmu dan melakukan kerja semakin baik(mahir). Inilah yang dikatakan pengalaman bukannya berada dalam sesebuah organisasi dalam waktu jangka masa yang lama sahaja. Namun disebalik persepsi yang telah menjadi budaya ini telah sedikit sebanyak memberi kesan yang tidak elok dalam pemikiran dikalangan masyarakat kini. Jika soal agama sememangnya tidak boleh diubah tetapi jika soal urusan manusia sekiranya dia boleh diubah kepada yang lebih baik maka mengapa tidak diteruskan asalkan ianya tidak lari dari prinsip Islam.

Antaranya kesannya yang saya dapat fikirkan ialah generasi muda seperti tidak mahu memainkan peranan dalam berfikir ke arah sesuatu yang lebih baik kerana pendapat mereka sentiasa ditentang kerana golongan tertentu. Sekaligus membantutkan budaya berfikir dalam masyarakat. Selain itu sikap terlalu bermegah dikalangan generasi tertentu walhal tidak salah jika kita belajar dari golongan yang lebih muda dari kita. Pada pandangan saya golongan lama dan yang baru perlu saling bekerjasama dalam memantapkan sebuah organisasi. Generasi yang lama perlu mengajar yang generasi baru agar tidak terus terlajak sehingga lari daripada prinsip dan sentiasa memberi galakan manakala generasi baru pula perlulah menghormati yang lama dan menghargai peluang yang diberikan. Generasi baru juga perlu lebih berinovasi kerana mereka lahir didalam zaman yang boleh dikatakan sempurna berbanding generasi lama.Generasi lama juga tidak perlu melenting sekiranya ada berlaku perubahan kepada perkara yang mereka anggap betul selama ini seharusnya menerima secara rasional dan berfikir sejenak. Saya tidak bermaksud mengatakan yang lama itu kolot dan konservatif tetapi keadaan masa yang berubah. Contohnya cili giling, zaman sekarang menggunakan mesin untuk mengisar berbanding zaman dahulu namun orang dulu tidak perlulah menganggap teknik mengisar cili merupakan sesuatu yang salah hanya kerana tidak mengekalkan keaslinnya. Satu contoh lagi tentang kepercayaan dalam budaya melayu seperti tepung tawar, kebanyakkan orang lama menganggap itu merupakan upacara memberkati pengantin tetapi sebagai orang Islam kita wajib tahu untuk mendapatkan keberkatan adalah hanya melalui doa dan amalan ibadat bukannya upacara seperti ini. Selama ini kita salah kita tidak tahu ataupun beban yang ditanggung di masa sekarang membuatkan generasi muda mencari jalan alternatif. Saya masih teringat sikap sebahagian artis-artis kita. Apabila mereka semakin lama dalam industry mulalah sikap ego menguasai diri. Mereka tidak hormat pandangan dari orang lain sebaliknya menganggap sesiapa yang mengkritik mereka dalam mereka yang tidak tahu apa-apa. Selalu menjadikan lesen kami sudah lama dalam industri maka segala tindakan mereka adalah betul.

Saya sedar saya juga akan tua satu hari nanti namun saya berdoa kepada Allah agar dijauhkan sikap riak dan takbur. Saya berpesan kepada diri saya dan orang lain agar mengamalkan sikap sentiasa belajar selagi kita masih hidup kerana ilmu di dunia terlalu banyak untuk kita terokai. Saling berkongsi pendapat juga merupakan satu proses pembelajaran dalam memantapkan pretasi diri. Kita tidak boleh mengatakan diri kita hebat hanya kerana kita lebih lama dari yang lain kerana ilmu dan pengalaman tidak akan datang kepada kita selagi kita tidak belajar dan mencarinya. Sempena ulang tahun Hari Kemerdekaan ini, cuba kita renungkan tiada guna kita berbangga jika negara kita telah lama merdeka selama jika tiada apa-apa yang berubah dalam minda masyarakat kita.


Monday, August 30, 2010

DNA dan Islam


Ketika perdebatan hukuman bunuh akan dikenakan kepada mereka yang membuang bayi , saya tertarik dengan satu cadangan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bagi melaksanakan tabung DNA bagi mengesan pesalah tersebut. Dato’Nik Aziz pernah menyatakan bahawa hukum hudud akan mengatasi masalah ini namun pada saya,banyak yang kita terlepas pandang iaitu hudud bukan sahaja melaksanakan hukuman tetapi merangkumi juga aspek penyiasatan bagi menegakkan sesebuah kebenaran.
Walaupun Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bukanlah dari golongan ahli agama namun cadangannya adalah selari dengan kehendak Islam seperti yang tercatat dalam sebuah hadis Bahawasanya mula-mula li’an dalam Islam ialah Hilal bin Umaiah telah menuduh Syarik bin Syahma berzina dengan isterinya. Ia datang kepada Nabi s.a.w dan memberitahu mengenainya, maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya:Hendaklah engkau membawa empat orang saksi, jika tidak dikenakan hukuman had atas belakangmu. Rasulullah s.a.w mengulang-mengulangnya beberapa kali. Maka berkatalah Hilal kepada Rasulullah s.a.w : Demi Allah ya Rasulullah bahawasanya Allah s.w.t mengetahui saya adalah yang benar, dan pasti Allah akan menurunkan kepada anda apa yang akan membebaskan belakang saya dari hukuman rotan. Di kala mereka dalam keadaan demikian turunlah ke atas Nabi s.a.w ayat Li’an “Dan suami-suami yang menuduh isteri-isteri mereka berzina” sampai akhir ayat. Rasulullah s.a.w lalu memanggil Hilal lantas ia membuat persaksian sebanyak 4 kali, dengan Allah bahawa ia termasuk orang-orang yang benar, dan pada kali yang ke limanya bahawa laknat Allah akan menimpanya jika ia termasuk orang yang dusta. Kemudian wanita yang tertuduh dipanggil lalu ia membuat 4 kali persaksian dengan nama Allah, bahawa suaminya termasuk orang yang dusta. Manakala di kali yang keempat atau yang kelima Rasulullah s.a.w bersabda: Perhatikan dia, jika ia melahirkan bayi yang putih, berambut lurus,panjang bulu matanya maka ia adalah kepunyaan Hilal bin Umaiah dan jika ia melahirkan bayi yang hitam manis, berambut kerinting, tidak tinggi dan tidak pendek, dua kakinya kecil maka ia kepunyaan Syarik bin Syama. Maka wanita itu melahirkan bayi yang hitam manis, rambut kerinting dan kedua kakinya kecil, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Jika tidaklah kerana telah ada ketentuannya lebih dahulu dari Kitab Allah tentulah aku akan meyelesaikan perkaranya. (Shahih Riwayat An-Nasai).
Cuba kita perhatikan dibahagian akhir hadis ini siasatan secara DNA telah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. walaupun siasatan tidaklah secanggih zaman sekarang namun teorinya sudah pun wujud sebelum dunia mencapai kemajuan teknologi dalam bidang penyiasatan forensik. Di sinilah kita dapat lihat Tabung DNA bukan sahaja cara yang terbaik malah selari dengaan tuntutan agama Islam.

Thursday, August 19, 2010

DARI KEPALA OTAK AKU

Ada yang tertanya kepada saya tentang konsep penulisan saya dalam blog ini. Malah tajuk yang diberikan dalam blog ini menimbulkan teka-teki dikalangan para kenalan. Sebelum ramai yang bertanya eloklah saya menyatakan tujuan saya menulis blog ini.

Apabila melihat ramai rakan-rakan menulis blog dan juga para cendiakawan menulis artikel mereka di dada akhbar telah menarik saya untuk menulis apa yang berserabut di dalam kepala saya.. Saya suka memerhati keadaan sekeliling saya samada yang berlaku di depan mata mahupun apa yang saya baca melalui media massa. Bila kita meluahkan maka terasa ringan kepala tak perlulah kita memikirkan lagi. Namun tidak berhenti setakat itu, bila melihat sesuatu yang saya rasa macam “kureng” maka mulalah saya berfikir. Mungkin ramai yang tertanya apakah yang saya fikir sehingga membawa saya kepada penulisan blog?

Seperti yang saya katakan tadi sudah memang menjadi tabiat saya suka memerhati keadaan sekeliling, dimana saya melihat cara orang berfikir dan kita boleh melihat cara orang berfikir melalui tindakannya. Memang adakalanya saya menghentam sesuatu pihak yang rasa bersikap hipokrit dalam apa yang mereka katakan. Sebagai contoh artikel saya tentang hudud tempohari dimana saya menghentam mereka yang begitu melaungkan perjuangan hudud tetapi mereka sendiri melanggar peraturan hudud. Ada juga saya menghentam pihak yang bercakap sesuatu perkara dalam konteks yang salah dan tidak mengikut fakta yang sebenar. Namun bukanlah saya suka menghentam seseorang tetapi saya sekadar mahu menyedarkan masyarakat siapa yang benar dan siapa yang salah. Saya bukanlah berkata saya sentiasa betul tetapi sekurangnya saya tahu siapa seperti “ayam jantan berkokok tetapi ekor berkelumandang dengan tahi”. Saya juga membuat silap tetapi saya belum tergamak untuk mengkhianati agama,bangsa dan negara saya.

Di samping itu juga saya menyeru para pembaca untuk berfikir diluar kotak dan melakukan apa yang sepatutnya dilakukan.

Saya bukanlah seorang yang bersikap ego dengan menyatakan apa yang saya tulis ini sentiasa betul. Seperti saya menghuraikan isu hudud bulan lalu saya melihat dulu apa yang telah dihuraikan oleh tokoh-tokoh agama seperti Dato’Harun Din dan Dr. Mohd Asri. Saya begitu menitik beratkan soal fakta dan kebenaran dalam menulis supaya apa yang tulis ini bukanlah diatas landasan syok sendiri dan sia-sia apatah lagi ianya sangat bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis. Dalam menulis artikel seperti ini ianya perlulah dibuat dalam bentuk penganalisaan. Saya memerhati, saya berfikir dan saya menganalisa lalu barulah saya menulis. Saya mungkin terikut-ikut apa yang telah dilakukan oleh Dr.Ridhuan Tee Abdullah dalam menulis blog walaupun saya tidak hebat seperti dia. Beliau meng“update” blognya seminggu sekali dengan artikel baru. Namun blognya mendapat perhatian ramai pihak termasuk juga diterbitkan dalam ruangan akbar Mingguan Malaysia. Blog Dr.Ridhuan Tee bukanlah berkisarkan apa yang dibuat, apa yang dia makan, mana yang dia pergi, tetapi berkisarkan tentang seruan, dakwah, nasihat, dan kesedaran yang patut kita fikirkan bersama. Contohnya apabila dia menghentam puak “Ultra Kiasu” sepatutnya diambil iktibar oleh golongan bumiputera terutamanya orang melayu betapa hak mereka dan kuasa mereka semakin hari semakin terhakis diatas kelalaian kita sendiri. Saya tidak menyatakan berseronok itu salah tetapi biarlah berpada-pada agar keseronokan itu tidak bertukar kepada kesedihan yang berpanjangan. Insyallah saya akan cuba menjadi seperti beliau untuk menerbitkan artikel seminggu sekali sekiranya tiada halangan. Lagipun banyak benda yang nak saya tulis.

Selain itu apa yang saya tertarik dalam berbicara soal dalam penulisan blog saya ialah penghujahan. Bagi saya hujah itu merupakan aspek yang penting dalam menegakkan sesuatu kebenaran. Janganlah hujah dimatikan dengan sesuatu serangan balas yang bersifat pengecut dan menyerah tetapi menang, seperti “Kau setahun jagung tak tahu apa-apa” , “kau siapa nak cakap macam itu” , “aku lagi pengalaman dari kau” dan macam lagi-lagilah yang sakit hati untuk saya nyatakan. Hujah biarlah berlawan dengan hujah bukanya hujah berlawan dengan kuasa veto. Mungkin pada dasarnya dan fizikal kita tak layak untuk berkata-kata tetapi bagaimana dengan isinya? adakah tidak layak juga untuk didengar? Memang menjadi lumrah manusia terlalu memikirkan “dari siapa kebenaran itu datang bukan dari mana kebenaran itu datang”. Saya akan ulaskan topik hujah ini dalam artikel yang akan datang Insyallah.

Saya tidak tahu apa yang nak ditulis dalam penutup ini tetapi saya mengharapkan supaya para pembaca faham apa yang saya fikirkan didalam akal saya dari hasil pemerhatian saya dan kerana itulah blog ini dinamakan Dari Kepala Otak Aku.

Gurindam Berpuasa

Buah Cempedak Di Luar Pagar
Ambil Galah Tolong Jolokan
Saya Budak Baru Belajar
Kalau Nak Sahur Tolong Kejutkan


Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang tak ganti puasa dibawa ke mati


Dua,tiga kucing belari
Mana nak sama si kucing belang
Pukul dua tiga nak makan tengahari
Nak cari tempat tak ada orang lalu lalang


Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Tak mampu puasa bayar fidiah
Yang mampu puasa kena ganti juga


Sorong papang tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan dia makan
Walaupun tak perasan belum masuk waktu


Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Kalau setakat jalan sebatu
Nak ponteng sesekali jangan


Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Rebut bubur berasak-asak
Takut kempunan rindu-rinduan


Anak cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati niatkan puasa
Takut terlajak bila sahur nanti


Burung meparti terbang beribu
Hinggap seekor di tengah laman
Bila berbuka dia paling laju
Bila bersahur dia paling perlahan


Batang pokok permaianan budak
Daun pokok dimakan budak
Bercerai rokok talak tiada
Dah berbuka kembali juga

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan idam bahulu
Kenalah tunggu di hari raya.

Monday, July 26, 2010

HUDUD: SEJAUH MANA KESEDIAAN KITA ?

HUDUD: SEJAUH MANA KESEDIAAN KITA ?

Malaysia meletakkan Islam sebagai agama rasmi namun terdapat beberapa pihak yang nenafikannya kerana Malaysia tidak mengamalkan hukum hudud. Lebih “panas” lagi ada yang mengelarkan Malaysia ditadbir oleh zionis hanya kerana tidak melaksanakan hudud. Walaupun ada beberapa pertubuhan seperti JAKIM dan OIC yang tetap mengiktiraf Malaysia sebuah Negara Islam malah Negara Islam contoh,namun masih belum memuaskan hati pihak terbabit . Walaupun Islam menitik beratkan soal pendidikan dan kemakmuran namun jika hudud tidak dilaksanakan maka sesebuah negara itu tidak layak digelar Negara Islam. Entahlah saya sendiri pun tidak tahu untuk menjawab perbahasan ini kerana saya tujuan saya menulis artikel ini kerana saya memerhati terhadap pihak-pihak yang memperjuangkan hukum hudud, adakah mereka benar-benar ikhlas atau mereka hanya mempergunakan hukum hudud ini untuk tujuan tertentu bagi menampakkan mereka Islam dari orang lain ataupun mungkin juga mereka tidak tahu apa yang mereka perjuangankan. Selain itu saya ingin menambah apa yang tidak pernah dinyatakan serta mempersoalkan ketidak adilan pihak tertentu dalam bercakap soal hudud.

Objektif hudud bukanlah bertujuan untuk membalas dendam tetapi hukum ini lebih kepada menyentuh soal mendidik dan kerana itulah hudud perlu dilaksanakan dikhalayak ramai bagi menjadi pengajaran kepada pihak lain. Jika disebut soal mendidik maka kita harus lihat kepada soal penerimaan, kerana pendidikan tidak akan berjaya jika gagal dalam konteks penerimaan. Jika melaksanakan hudud bagi saya tidak menjadi masalah tetapi bagaimana soal penerimaan? Saya melihat konsep penerimaan gagal diperlihatkan oleh kita. Di Johor walaupun dikatakan ditadbir oleh parti zionis namun pembelajaran hudud masih tetap dilaksanakan. Mungkin inilah satu langkah yang boleh dikatakan memberi fahamanan tentang hudud agar langkah penerimaan boleh berlaku. Hudud sebenarnya termasuk didalam hukum jenayat. Di dalam hukum jenayat dipecahkan kepada 3 iaitu Takzir, Hudud dan Qisas oleh kerana banyak kesalahan hudud dilakukan disekeliling kita maka hudud lebih popular dari 3 hukum tadi. Jika disebut tentang hudud ramai yang terfikir tentang hukuman potong tangan sahaja. Sebenarnya kesalahan memotong tangan berkaitan dengan kesalahan mencuri, namun hudud tidaklah menfokus kepada kesalahan mencuri sahaja tetapi juga kesalahan berzina,merogol,meminum arak, dan memberontak..Mengapa saya meng“highlight”kan kesalahan memberontak kerana ramai yang tidak tahu memberontak ataupun demontrasi dalam bahasa sekarang ini merupakan salah satu kesalahan hudud. Walaupun di dalam kamus menunjukkan makna demontrasi ialah “tunjuk perasaan” namun kini jika diadakan demontrasi maka tidak lari daripada memusnahkan harta benda awam ataupun merusuh. Saya berpendapat para ulama meletakkan memberontak termasuk kesalahan hudud kerana mengambil kisah Saidina Ali r.a yang memerangi kumpulan pemberontak dalam 2 peperangan iaitu peperangan Jamal dan peperangan Siffin. Akan tetapi jika pihak polis (F.R.U) menjalankan tugas mereka dalam membanteras kumpulan yang merusuh ramai yang menghentam pihak polis dengan melabelkan polis kejam, zalim dan anjing kerajaan walhal apa yang dilakukan oleh pihak polis itu ada berlandaskan syariat yang telah ditetapkan dalam Islam. Mereka yang memberontak dan merusuh boleh diperangi sekiranya mereka tidak mengendahkan 2 kali amaran yang telah dinyatakan oleh pihak berkuasa. Janganlah bercakap soal keadilan dan Islam jika kita sendiri melanggar hukum Islam itu sendiri ibarat mencuci najis dengan air kencing. Malah ada yang lebih memeranjatkan terkeluarlah pula satu fatwa dari individu tertentu yang menyatakan demontrasi itu adalah satu ibadah. Entah apa-apa manusia ni.

Ada 2 kes yang saya mahu sampaikan di dalam artikel ini bagi menampakkan hudud telah disalah ertikan oleh pihak tertentu. Tapi sebelum itu saya ingin bercerita sebuah kisah benar yang berkaitan dengan 2 ahli politik iaitu Elizebeth Wong dan Chua Soi Lek. Walaupun mereka tidak dikenakan tindakan hudud kerana berzina namun cara sebahagian orang Islam menerima kesalahan mereka amat pelik dan tidak adil. Apabila tersebar rakaman video seks Soi Lek pelbagai pihak tertentu telah menghentam UMNO dan dijadikan modal politik untuk memburukkan UMNO. Saya tidak katakan yang pihak UMNO baik tetapi bak kata pepatah “kata dulang paku serpih kata orang dia yang lebih”. Beberapa tahun selepas itu rakaman video seks Elizebeth Wong pula yang tersebar, namun lain pula persepsi mereka yang menghentam UMNO dulu. Ketika Elizebeth Wong membuat sidang media beberapa wanita Islam duduk dibelakangnya sambil mempamerkan sepanduk tentang sokongan kepadanya. Apa yang saya pelik di sini Elizebeth Wong bukan dirogol tetapi dia telah berzina dan merakamkan aksinya dan kenapa makcik-makcik disisinya itu menyokongnya? Apa yang disokong?. Dan lebih menyedihkan lagi satu fatwa dikeluarkan oleh seorang individu bahawa seseorang boleh berbogel dirumah selagi tiada orang yang lihat. Namun saya tertanya ustaz sewel ini, ini bukan soal berbogel tetapi Elizebeth Wong BERZINA dan teman lelakinya melihat Elizebeth Wong berbogel. Cuba kita bayangkan jika kes Chua Soi Lek dulu, DS Najib, Muhyidin Yasin, Khairi Jamaluddin duduk disebelah Soi Lek sambil menyatakan sokongan, bagaimana rupanya? Jadi kenapa situasi sama tetapi keputusan berlainan. Apabila Anwar Ibrahim menyalahkan pihak UMNO kerana menyebarkan berita ini ramai yang terus menuding jari ke arah UMNO walaupun pihak UMNO beriya-iya menafikanya. Namun pada saya, tidak kisahlah siapa yang menyebarkan kebenaran itu yang benar tetap benar. Kenapa mahu memilih laporan itu datang dari siapa. Yang salah tetap salah tiada kompromi dalam Islam.Bagaimana hudud nak dilaksanakan jika ada pemikiran politik yang mempengaruhinya dan wujud kronisme. Sesungguhnya hudud tiada kronisme seperti yang dinyatakan didalam hadis sahih “ Jika Fatimah binti Muhmmad yang mencuri tangannya juga akan dipotong” . Di dalam hadis ini sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan hudud tetap akan dihukum.

Saya berminat untuk menganalisis tentang 2 kes iaitu kes pembunuhan Altantuya yang melibatkan DS Najib dan kes liwat Anwar Ibrahim. 2 kes ini amat popular dan semua orang tahu dan sesuai jika saya jadikan cotoh,namun sebelum itu eloklah saya pamerkan satu hadis sahih kerana hudud berteraskan hadis bukan pendapat.

Bahawasanya mula-mula li’an dalam Islam ialah Hilal bin Umaiah telah menuduh Syarik bin Syahma berzina dengan isterinya. Ia datang kepada Nabi s.a.w dan memberitahu mengenainya, maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Hendaklah engkau membawa empat orang saksi, jika tidak dikenakan hukuman had atas belakangmu. Rasulullah s.a.w mengulang-mengulangnya beberapa kali. Maka berkatalah Hilal kepada Rasulullah s.a.w : Demi Allah ya Rasulullah bahawasanya Allah s.w.t mengetahui saya adalah yang benar, dan pasti Allah akan menurunkan kepada anda apa yang akan membebaskan belakang saya dari hukuman rotan. Di kala mereka dalam keadaan demikian turunlah ke atas Nabi s.a.w ayat Li’an “Dan suami-suami yang menuduh isteri-isteri mereka berzina” sampai akhir ayat. Rasulullah s.a.w lalu memanggil Hilal lantas ia membuat persaksian sebanyak 4 kali, dengan Allah bahawa ia termasuk orang-orang yang benar, dan pada kali yang ke limanya bahawa laknat Allah akan menimpanya jika ia termasuk orang yang dusta. Kemudian wanita yang tertuduh dipanggil lalu ia membuat 4 kali persaksian dengan nama Allah, bahawa suaminya termasuk orang yang dusta. Manakala di kali yang keempat atau yang kelima Rasulullah s.a.w bersabda: Perhatikan dia, jika ia melahirkan bayi yang putih, berambut lurus,panjang bulu matanya maka ia adalah kepunyaan Hilal bin Umaiah dan jika ia melahirkan bayi yang hitam manis, berambut kerinting, tidak tinggi dan tidak pendek, dua kakinya kecil maka ia kepunyaan Syarik bin Syama. Maka wanita itu melahirkan bayi yang hitam manis, rambut kerinting dan kedua kakinya kecil, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Jika tidaklah kerana telah ada ketentuannya lebih dahulu dari Kitab Allah tentulah aku akan meyelesaikan perkaranya.

(Shahih Riwayat An-Nasai).

Baiklah sebelum kita memahami hadis ini biarlah saya mulakan dengan kes pembunuhan Altantuya yang dikaitkan dengan DS Najib. Jika saya bercakap tentang kes ini tentu ramai yang cakap saya barua UMNO, memang sukar nak tutup mulut manusia pada saya yang benar dari Nabi tentulah benar dari Allah, yang benar tetap benar yang palsu hanya pembohongan manusia. Ramai yang percaya DS Najib terlibat dalam kes itu, saya terbaca dalam beberapa blog yang mengatakan kerajaan tidak adil kerana tidak mendakwa DS Najib, kenalan-kenalan saya juga mempercayai berita ini, seolah seperti sahih namun saya kurang percaya kerana orang yang menyebarkan berita ini seperti baling batu sembunyi tangan. Tidak perlulah saya cakap siapa, sudah satu Malaysia tahu siapa dia. DS Anwar mempunyai permusuhan politik dengan DS Najib, maka tidak hairanlah jika pelbagai cara dilakukan untuk menjatuhkannya. Namun cuba kita lihat di pihak DS Anwar menyatakan kebenaran, dia hanya bercakap namun tiada bukti untuk menyokong tuduhannya itu, dan lagipun tiada laporan polis dibuat ke atas DS Najib. Segala bentuk tuduhan mestilah dibuat laporan polis bagi membuka siasatan. Namun Anwar tidak mahu sebaliknya menyuruh orang-orangnya membuat laporan polis, tetapi orang itu ghaib secara tiba-tiba. Apa yang pelik Anwar beriya beikrar akan mengemukan bukti namun sehingga sekarang masih tiada.Malah yang lebih menyedihkan lagi seperti terdesak gambar “super impose” dibuat tetapi bukan itu sahaja kesilapannya teknik photoshop sangat cacat marba dan mungkin menyakitkan mata pelukis-pelukis grafik 2D dan 3D. Satu fitnah sudah berlaku walaupun kesan super impose itu jelas kelihatan orang masih tetap mempercayainya. Itu bukan bukti itu bahan permainan polis entry. Dan lagi satu cuba kita lihat hadis tadi yang saya highlight warna merah berkaitan dengan saksi. Bolehkan Anwar menjadi saksi? kalau ditanya sebahagian orang sudah tentu mereka akan berkata sudah tentu dan saya pun akan terus digelar kafir. Tetapi bolehkah Anwar menjadi saksi? Saksi sangat dititik beratkan di dalam Islam amat penting, mungkin anda pernah mendengar kisah Saidina Ali yang tewas dalam perbicaraan kerana tersalah memilih saksi. Islam mengariskan kriteria tertentu dalam memilih saksi dan salah satu ialah adil, ataupun bukan pendusta (fasik). Anwar banyak kali berbohong salah satu pembohongan terbesarnya ialah 16 Sept. Bagaimana seorang pendusta boleh diangkat sebagai saksi malah Anwar mempunyai kepentingan sekiranya Najib jatuh, dalam Islam perkara sebegini tidak boleh. Tetapi dalam politik “semua boleh asalkan aku naik”. Cuba lihat di pihak Najib dia mencari saksi, alibi, dan akhir sekali bersumpah di atas nama Allah yang dia tidak pernah mengenal mendiang itu. Namun ketidakadilan masih lagi diperdebatkan, mengapa? Kerana faktor politik. Kerana semua orang percaya pada Anwar Ibrahim. Bagaimana hudud nak dilaksanakan sekiranya garis piawaian hudud mereka tidak tahu, dan pesalah hudud dipilih mengikut parti masing-masing?

Dan satu lagi kes yang besar saya pun susah nak percaya tetapi terpaksa percaya. Kes liwat Anwar dan Saiful. Ramai pihak mempertikaikan sumpah Saiful. Mengapa mereka mempertikaikan? Namun walaupun ada yang mengakuinya boleh, UMNO masih tidak terlepas dari hentaman “ Saya pernah terbaca seperti dalam komen YouTube, mengapa sekarang UMNO nak buat hudud? Pada saya sekiranya mereka benar memperjuangkan hudud sekiranya orang lain telah melakukannya sepatutnya mereka bersyukur tetapi jadi salah pula padanya. Pelik? Ada yang mengatakan sumpah laknat itu hanya agenda dan rekaan UMNO dan ada juga yang berpendapat sumpah wujud tetapi hanya untuk kes seperti hadis tadi. Namun sebenarnya kes sumpah laknat ini pernah digunakan untuk tujuan lain kerana kegagalan mendatangkan saksi. Malah hadis tentang sumpah laknat ini ada diriwayatkan dalam riwayat hadis Imam Muslim, An-Nasai,Al-Bukhari serta Imam Ahmad. Sekiranya tiada saksi maka sumpah dilakukan, namun memang naluri manusia tidak berpuashati itu ada, maka cuba lihat hadis yang saya highlight warna hijau, kalau kita baca hadis itu bolehlah dikatakan siasatan ataupun ujian DNA dilakukan.

Rupanya DNA lebih tepat lagi siasatan forensik telah digunakan di dalam Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi dalam menyelesaikan kes jenayah. Kalau kita lihat, hudud meliputi aspek sebelum dan selepas dalam melaksanakan hukuman. Siasatan terperinci perlu dilakukan sebelum hudud dijatuhkan dan dari sinilah kita dapat lihat bagaimana soal keadilan dititik beratkan. Kedua pihak diberi peluang untuk bersuara , dan siasatan perlulah adil dan telus serta semua pihak wajib memberi kerjasama dan menghormati ketika siasatan sedang berjalan kita boleh lihat apa yang saya katakan ini dari hadis yang saya bentangkan tadi.Berbalik kepada hudud saya hanya mampu menasihatkan diri saya dan para pembaca, hudud bukanlah satu alat serangan bagi tujuan balasan dendam. Hudud diwujudkan bagi menjaga kepentingan hak individu terhadap individu dan hak Allah terhadap individu. Jika kita mengatakan hudud hukum Allah maka laksanakan tanpa halangan tembok ideologi politik dan hudud perlulah dilakukan dengan adil. Jika mereka terlepas di dunia di akhirat kelak tiada yang terlepas. Kita jangan seperti burung kakak tua yang pandai berbicara tetapi tidak tahu apa yang diperkatakan. Hudud sangat luas pelaksanaannya oleh itu kita perlu belajar dulu dan barulah kita nampak tentang objektif hudud sebenarnya.