Sunday, May 23, 2010

RASA

Rasa, rasa, rasa

Adakah kita sedang berasa sesuatu sekarang

Ataupu orang lain merasakan sesuatu yang kita rasai sekarang

Mungkin itulah perasaan yang kita rasai

Kadang-kadang teringin rasakan apa yang orang lain rasa

Namun bukan mudah untuk dirasa

Kerana bukan rezeki kita untuk merasa

Dan rasa itu bergantung kepada sesiapa yang menanggung rasanya


Kita bukan sekadar merasa

Tetapi juga menilai apa yang kita rasai itu

Mungkin lain rasanya daripada orang lain yang rasakan

Rasakanlah apa yang ingin kita rasa

Setiap rasa berbeza apa yang orang lain rasai

Rasakan juga sesuatu yang sukar kita rasa dari sana

Tetapi merasakan ada sesuatu

Yang mungkin tidak dirasai oleh orang lain

Adakah mahu merasakan seorang diri

Dan tidak mahu berkongsi merasai bersama


Perlukah tunggu untuk merasa

Dan tidak pergi atau elak sebelum kita merasainya

Daripada kita terus terasa yang kita tidak mahu rasai

Harus diingat merasa dan berasa lain maknanya

Walaupun ada sebutan rasa

Berasa nampak dan merasa tak nampak

Di situlah beza kedua rasa itu


Merasakan sesuatu yang kadangkala kita rasa sukar untuk rasakan

Namun orang lain boleh merasa

Sekiranya kita kongsi rasa itu bersama

Dan rasakanlah lalu fahami rasa itu

Semoga apa yang kita rasa sama dengan orang lain rasa

Dan begitulah dikatakan kita rasai bersama

Walaupun rasa itu pahit atau rasa manis

Namun sekiranya semua rasa

Kita akan rasa puas dengan apa yang kita rasai.

Daripada

salihsakuragi

Situasi Sama Tetapi Mengapa Keputusan Berlainan

Assalamualaikum, mungkin ramai yang tak pernah mendengar ungkapan ini “ Situasi Sama Keputusan Berlainan” . Ungkapan ini saya terucap secara spontan ketika saya berbual dengan seorang kenalan. Artikel kali ini pendek bagi bertujuan menjelaskan lebih lanjut tentang ungkapan ini kerana mungkin saya akan gunakan untuk masa yang akan datang.

Dalam dunia sekarang yang banyak memperlihatkan manusia yang ego, situasi menegakan tali raffia yang basah sering terjadi. Sikap yang tidak mahu mengalah, tidak positif, bodoh sombong,angkuh, pentingkan diri membuatkan manusia tidak mampu menilai keadaan secara adil dan betul..

Dalam perkara kecil yang berlaku di sekeliling kita, kita dapat melihat di mana ada yang cuba berlagak pandai dalam menilai seseorang tetapi “ kata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih”. Dalam membicarakan soal ADIL kita tidak seharusnya memfokus kepada kesalahan jenayah, mahkamah, hakim dan sebagainya. Kita juga perlu melihat konteks adil lebih dari itu. Adil dalam membuat keputusan, adil dalam memberi penilaian dan adil dalam berhujah. Kita pernah melihat situasi di mana apabila apabila seorang memberikan sesuatu pendapat lalu pendapatnya ditentang kerana orang yang menentangnya itu merasakan yang dia lebih bijak daripada orang tadi. Walaupun pendapatnya benar tetapi keadaan sekarang tidak mementingkan dari mana kebenaran itu datang tetapi dari siapa kebenaran itu datang. Sekiranya kebenaran itu datang dari orang yang dia suka maka perkara itu adalah benar tetapi jika orang itu adalah orang yang dibenci sebaliknya pula. Mungkin saya perlu mengingatkan anda semua tentang kisah Imam Ghazali yang telag ditegur oleh seorang perompak. Ketika Imam Ghazali dirompak dia meminta perompak itu supaya tidak mengambil segala buku catatannya. Perompak itu lantas berkata “Bukankah lebih baik jika kau buat sesuatu supaya catatan itu tidak boleh diambil. Kata-kata itu telah memberi ilham kepada Imam Ghazali. Bermula hari itu dia mula menghazal segala yang dicatatkannya. Di sinilah kita lihat di mana sikap seorang ulama yang tidak mempedulikan dari siapa kebanaran itu datang walhal dia seorang ulama manakala yang menegurnya seorang perompak, dapatkah anda melihat perbezaan status dan martabat mereka berdua.

Berbeza pula dengan hari ini, sekiranya kita bercakap sesuatu maka ada segelintir yang mempersoalkan krebiliti kita langsung tidak membuka minda untuk mendengar, menilai dan memahami tentang apa diperkatakan.Tetapi jika diucapakn oleh seorang yang mempunyai populariti maka perkara itu diberi perhatian yang serius. Di situlah kita dapat lihat situasi sama (menyatakan tentang kebenaran) keputusan berlainan (dalam menerima kebenaran tersebut.)Dalam berbicara soal kebenaran perkara itu mestilah disertakan dengan bukti. Ulama berbicara soal agama diiringi dengan nas Al-Quran dan Hadis, peguam berdebat melalui keterangan saksi, professor berhujah dengan fakta dan kajian. Oleh itu tak salah kita mendengar, kerana ada faktor yang membuatkan perkara itu benar.

Banyak perkara yang boleh kita lihat disekeliling kita tentang penyakit ini, namun sebagai manusia tidak perlulah kita terlalu emosional dan bertegang urat dalam menegakkan pandangan kita. Meman sukar untuk meyedarkan manusia yang perpaksi kepada keegoan dalam berbicara namun manusia yang professional dan matang mereka bijak berbicara. Biasanya mereka mengeluarkan kata-kata sinis untuk mereka memangkah dan mematahkan hujah yang rapuh tetapi cuba digam dengan air liur.Itulah yang kita dapat lihat yang dilakukan oleh Tun Dr.Mahathir dan Dr.Chandra Muzaffar ketika menghentam Negara Uncle Sam dan Israel. Sebenarnya kebenaran pada hakikatnya memang boleh diterima cuma manusia bukan tidak mahu mengaku tetapi malu untuk mengaku.

Siapa Dia Ulama ?


Membaca tajuknya mungkin ramai yang beranggapan yang saya cukup kurang ajar dan melampau kerana mempertikainya krebiliti seorang ulama. Namun saya tertanya-tanya siapa dia ulama? Apakah krebiliti seorang untuk yang cukup melayakkan mereka digelar sebagai ulama. Sebelum saya bercerita lebih lanjut, terlebih dahulu saya ingin mengingatkan bahawa saya bukan tidak menghormati ulama, jangan salah faham, saya sebenarnya hanya ingin berkongsi pandangan dengan anda tentang sebahagian sikap manusia yang taksub kepada individu tertentu yang dianggap ulama dan individu yang mengaku dirinya seorang ulama.

Saya bermula dengan pengalaman saya ketika berbual dengan seorang kenalan. Ketika berbual saya mempertikaikan pendapat seorang yang dianggap sebagai ulama padanya. Seperti yang disangka kenalan itu menegur saya kerana itu adalah pendapat ulama maka wajip dipatuhi. Lalu saya memembacakan sebuah hadis sahih dan sepotong ayat Al-Quran bagi menguatkan hujah saya itu. Namun saya sangkakan mulanya kenalan itu bersetuju dengan kesilapan ulamanya tersebut tetapi sebaliknya. Padanya pendapat ulama haram dipertikaikan tetapi saya ingin bertanya,sekiranya apa yang dikatakan oleh ulama itu bercanggah dengan Al-Quran dan hadis adakah pandanganya itu masih diterima pakai? Imam Syafie yang merupakan ulama fiqh yang mashyur pernah berkata “Sekiranya kamu berjumpa hadis sahih yang bercanggah dengan apa dikatakan oleh aku maka segala yang dikatakan oleh aku adalah terbatal (secara langsung)”. Di sini kita dapat melihat bahawa seorang ulama adalah pendokong Al-Quran dan Hadis sebagai sumber rujukan utama mereka. Mereka tidak akan mengeluarkan kata-kata yang secara langsungnya bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis. Oleh itu dapatlah kita simpulkan bahawa wujudnya ulama yang benar dan yang palsu yang berada disekeliling kita.

Tidak seperti nabi gelaran ulama, bukanlah datang secara lantikan.Seperti kita tahu, mufti, pendakwah, pegawai agama dan sebagainya merupakan tergolong dalam kategori ulama. Namun setelah mereka bersara daripada jawatan tersebut mereka tiada lagi digelar mufti (contohnya) sebaliknya mereka digelar bekas mufti. Namun gelaran ulama akan terus dipikul kerana ilmu yang ada padanya. Gelaran ulama bukanlah diberi secara rasmi oleh seseorang individu kepada individu tertentu tetapi diberikan secara tanggapan atau perspektif oleh masyarakat kerana ilmu yang disampaikan kepada mereka. Dalam kamus makna ulama adalah mereka yang mahir dan pakar dalam ilmu pengetahuan agama. Di sinilah kita dapat melihat ilmu merupakan aspek penting dalam memperwatakan seseorang itu kepada ulama. Dalam perwatakkan fizikal pula ulama biasanya berimej warak. Terdapat masalah dalam penilaian dari sudut fizkal, hal ini kerana masyarakat gemar menganggap bahawa ulama itu mestilah berserban dan berjubah. Malah yang lebih dikhuatiri ilmu dijadikan perkara no.2.

Di antara ulama di Malaysia yang saya hormati seperti Datuk Hassan Din Al Hafiz,dapatlah kita lihat imej yang ditampilkan olehnya. Beliau biasanya memakai baju melayu dan berkopiah, dan jarang sekali beserban dan berjubah. Setakat ini saya hanya melihat beliau berjubah jika ada upacara rasmi di dalam istana sahaja. Namun saya dapat merasakan bukan saya sahaja yang menganggap beliau sebagai seorang ulama malah anda juga. Mari kita menilai Datuk Hassan Din Al Hafiz dari beberapa aspek untuk kita lihat siapa dia ulama. Ketika beliau berbicara dalam soal jawab agama, ayat Al-Quran dan Hadis tidak lekang dari mulutnya dalam menguatkan hujah yang disampaikan. Di sinilah kita dapat melihat, ulama berpandukan sumber ilmu yang sahih dalam berhujah dan mengajar. Seperti saya katakan tadi Al-Quran dan Hadis adalah perkara yang didokong oleh seseorang ulama.Mereka tidak akan bercakap sesuka hati terhadap sesuatu perkara yang difikirkan betul. Sekiranya mereka membuat pendapat, mereka akan pastikan tiada yang bercanggah Al-Quran dan Hadis. Mereka berpendirian tetap dalam menegak sesuatu kebenaran dan bukanlah besok cakap lain hari ini cakap cakap lain serta berani dalam mengambil risiko kerana yang benar tetap benar.

Masalah umat di masa kini adalah mereka gagal menilai seseorang itu dengan betul mereka hanya dengar lalu terus mengamalkan disamping sikap taksub terhadap individu tertentu. Di sinilah berlakunya penyelewengan akidah atau ajaran sesat yang sering kita dengar sekarang ini, akibat daripada berguru dengan orang yang salah. Salah satu penyelewengan yang saya dapat kongsikan di sini tentang soal ganjaran dari Allah s.wt sekiranya kita mengamalkan ibadat tertentu. Sebagai contoh ketika saya menghadiri satu ceramah Maulidur Rasul, penceramah itu mengatakan tentang pendapat seorang ulama bahawa seksaan Abu Lahab di dalam kubur akan dihentikan setiap tibanya hari Maulidur Rasul atau 12 Rabiul Awal kerana dia adalah orang yang pertama meraikan kelahiran Rasulullah. Namun di situ saya terasa kurang bersetuju dengan pendapat ulama tersebut kerana “siapa” yang memberitahu ulama tersebut kerana ulama tidak menerima wahyu. Setiap ganjaran dari Allah hanya diketahui oleh Allah s.w.t sahaja dan ada sebahagiannya diceritakan oleh hadis namun itupun diwahyukan oleh Allah s.w.t baginda Rasulullah s.a.w. Seseorang itu tidak boleh mereka-mereka cerita tentang ganjaran pahala walaupun niat mereka baik. Kita tidak boleh taksub dengan individu yang kita anggap sebagai ulama malah ulama yang sebenar juga tetapi kita harus taat. Harus diingat taksub dan taat 2 perkara yang berbeza. Kerana taksub, akan membuatkan seseorang itu ikut secara membuta tuli. Tidak salah sekiranya kita bertanya apa yang kita tidak tahu dan mahu mendapat kepastian. Rasululah sendiri pernah diajukan beberapa soalan namun baginda tidak pernah menganggap umat yang bertanya itu mempersoalkan tentang Islam malah baginda Rasulullah sendiri pernah diajukkan dengan soalan yang baginda tidak tahu jawapannya namun baginda meminta petunjuk dari Allah s.w.t.

Kelebihan ulama yang saya dapat kongsikan bersama anda ialah ulama yang sebenar mempunyai akal yang begitu baik. Mereka dapat mengingat apa yang mereka pelajari disamping mereka juga menghafal Al-Quran dah Hadis malah bukan sekadar menghafal tetapi mereka juga menganalisis. Oleh kerana itulah ulama mampu berhujah dan mengajar dengan berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Itulah kelebihan ulama yang diberikan oleh Allah s.w.t selain daripada imej mereka yang bersih dan warak. Kadangkala satu ayat Al-Quran dan hadis mereka dapat lihat lebih daripada satu hokum.

Kesimpulannya sebagai seorang manusia yang yang masih lagi mentah dalam soal agama saya menasihati kepada diri sendiri dan anda semua supaya berhati-hati dalam mempelajari agama kerana banyak golongan mengelarkan diri mereka ulama lalu mengajar perkara-perkara yang bertentangan dengan agama. Dalam konsep Islam yang sebenar Al-Quran dan Hadis menjadi sumber rujukan paling utama, sekiranya tiada maka dirujuk kepada kesepakatan ulama ataupun majlis fatwa seperti yang dilakukan kini. Hal ini penting kerana bagi menggelak perpecahan ummah kerana perbezaan pendapat dalam beragama. Dan sebagai manusia kita haruslah terus belajar dan jangan menganggap ilmu yang ada pada kita sekarang ini sudah cukup. Mungkin apa yang kita fahami dahulu adalah salah,lalu kita harus memperbetulkannya dengan memperbanyakan membaca dan menghadiri majlis ilmu.

Malunya Saya Dengan Dr.Ridhuan Tee




Jangan fikir yang bukan-bukan terhadap saya berikutan dengan tajuk saya tulis. Memang saya malu dengan tokoh ilmuan ini tetapi bukan kerana sikapnya tetapi kerana perjuangannya dalam penulisan. Apakah yang membuatkan saya malu terhadap beliau? Dr. Ridhuan Tee merupakan seorang saudara baru, beliau telah memeluk Islam sejak beliau muda lagi. Namun pengIslaman beliau tidaklah bersama-sama dengan keluarga yang tersayang. Sewaktu beliau pengumuman hasratnya untuk memeluk Islam, beliau mendapat tentangan hebat dari kaum keluarganya, walaupun begitu beliau tetap meneruskan hasrat sucinya itu. Seperti keluarga orang cina yang lain penerimaan pada awalnya memang begitu sukar tetapi Islam tidak mengajar kita mememutuskan pertalian walaupun berlainan agama. Kerana itulah beliau masih rapat dengan keluarganya walaupun hanya dia dan adiknya sahaja yang beragama Islam. Itulah kehebatan Islam yang begitu menitik beratkan soal perhubungan sesama manusia. Namun di sini saya mahu anda melihat tentang perjuangan Dr. Ridhuan Tee samada dalam penulisannya di blog mahupun juga ceramah-ceramah beliau.
Sebelum ini Dr. Ridhuan Tee lebih dikenali di Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang ditayangkan di TV1 pada masa dahulu. Namanya mula meningkat naik apabila beliau menyerang pemikiran “Ultra Kiasu” dikalangan ahli politik secara terbuka. Kelantangan beliau mengkritik dan menentang sekeras-kerasnya kepada sesiapa yang mencuba mempertikaikan hak-hak orang melayu di muka bumi Malaysia ini patut dipuji dan dihargai oleh orang melayu khususnya.Mana tidaknya, walaupun Dr. Ridhuan Tee beragama Islam namun beliau tetap berbangsa cina. Tidakkah kita berasa malu apabila bangsa lain memperjuangkan dan mempertahankan hak kita yang semakin diancam kini.
Melihat karenah bangsa melayu yang sukar untuk bersatu sebaliknya mencari pula jurang perpecahan dan alasan untuk bersatu. Malah yang lebih menyedihkan lagi terdapat juga pemimpin melayu yang sanggup menggadai maruah bangsa dan agama demi kepentingan masing-masing. Selain itu melihat sikap orang melayu sendiri yang tidak peka terhadap peranan kepada Negara menambah lagi rasa malu kepada beliau. Orang melayu lebih suka berhibur dan beseronok dengan perkara-perkara tidak datang mendatangkan manfaat. Seperti kita lihat mat rempit-mat rempit, siapa yang menopoli aktiviti tidak sihat ini, kalau bukan orang melayu. Itu belum lagi saya sentuh tentang isu bohsia, bohjan,budaya lepak,dadah, gothic dan sebagainya. Mengapa mereka tidak peka dan perhatin tentang apa yang akan terjadi di masa hadapan sekiranya mereka lebih suka berseronok dan terus lalai diatas kesenangan yang mereka kecapi selepas kemerdekaan.Bukanlah saya menyuruh menyertai politik tetapi cukuplah sekadar memastikan bumi Malaysia ini sentiasa terus diterajui oleh orang melayu. Memang tidak semestinya Islam itu orang melayu tetapi orang melayu memang sinonim dengan Islam kerana Islam banyak mengajar melayu supaya hidup dengan lebih berkualiti. Sekiranya orang Islam yang menerajui Negara ini yang bukan Islam tidak perlu gentar kerana Islam menitik beratkan tentang keadilan untuk semua kaum, ini semua boleh dibuktikan melalui sejarah pemerintahan khalifah di mana hak sesuatu kaum akan terus dipelihara selagi tidak mendatang kesan buruk kepada sesebuah Negara itu.
Namun dimanakah anak melayu kita, mereka terlalu sibuk untuk popular seperti mana kita lihat “berlambaknya” rancangan realiti TV di Negara ini. Menangis seperti hilangnya masa hadapan sekiranya tidak terpilih walaupun hakikatnya potensi tidaklah sehebat mana.Kalau adapun yang betul-betul memperjuangankan martabat bangsanya terlalu sedikit. Jika kaji statistik pendapatan perkapita di Malaysia bangsa melayu masih lagi ditahap kurang memuaskan di tangga no.3 selepas orang Cina dan India. Namun apakah orang cina tidak suka kepada orang melayu? Pada pandangan saya TIDAK saya juga mempunyai sahabat yang berbangsa cina. Orang cina akan menghormati orang melayu sekiranya orang melayu menjadi sebuah bangsa yang berjaya dan hebat. Seperti pandangan pemimpin yang lain orang melayu seperti masih lagi mengharapkan bantuan sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada bangsa lain. Memang benar melayu penduduk asal maka mereka patut menerima banyak keistimewaan namun keistimewaan ini membuatkan kita semakin lemah kerana asyik terlalu bergantung kepada bantuan dari kerajaan sahaja. Tidakkah mereka fikir bahawa keistimewaan itu akan hilang sekiranya bangsa melayu itu tidak lagi menjadi tuan dibumi sendiri. Adakah mereka mampu hidup tanpa bantuan sekiranya bukan melayu yang memerintah suatu hari nanti ?
Keiklasan penentangan Dr. Ridhuan Tee terhadap pemikiran “Ultra Kiasu” perlu diberi perhatian oleh orang melayu walaupun pemikiran ini datang dari orang sebangsanya sendiri. Pemikiran “Ultra Kiasu” seperti yang digambarkan seolah-olah menyeru bangsa lain sedar yang bangsa melayu tidak kuat, tidak adil dan menindas. Walhal kenyataan ini adalah satu fitnah yang biadap sekali. Kerana sekiranya melayu itu tidak adil manakah mungkin bangsa India dan cina dapat hidup dengan aman dan makmur di Malaysia ini. Mereka bebas beragama, mereka bebas mengadakan perayaan mereka, mereka bebas megumpul kekayaan dan mereka bebas menjadi bos kepada orang melayu dalam sebahagian sektor swasta. Janganlah salahkan orang Cina dan India dalam hal ini, Mereka sebenarnya telah dihasut oleh golongan “Ultra Kiasu” supaya mereka-mereka ini dapat menjadi pemimpin dan orang besar. Lalu timbullah tuntutan yang pelik-pelik dimana sekiranya tidak ditunaikan maka dijadikan modal untuk pemikiran “Ultra Kiasu” ini. Memang kita mengakui orang cina banyak menyumbang dalam pembangunan Negara namun terlalu kasihan kerana mereka telah diperalatkan oleh golongan ini.
Mujurlah ada Dr.Ridhuan Tee yang menyedarkan orang melayu tentang kelalaian mereka yang akan merugikan masa depan anak-anak mereka sendiri suatu hari nanti. Entah bilalah orang melayu akan bersatu menjadi sebuah bangsa kuat dan dihormati sebagaimana kita lihat melalui sejarah tentang perpaduan orang melayu menentang menentang Malayan Union. Mereka mengusir penjajah dengan kehebatan maruah yang berharga tanpa menggunakan senjata pun. Sebagai penutup saya mengambil kata-kata dari Tun Dr. Mahathir “Adakah logik sekiranya kita mempunyai rumah tetapi kita hanya mengharapkan orang lain untuk menguruskan rumah kita manakala kita asyik duduk mengoyangkan kaki”. Oleh itu orang melayu ini tanah kita maka kita perlu menyumbang lebih daripada bangsa lain.

Monday, May 3, 2010

POLITIK DALAM MASJID, ADA KE?



POLITIK DALAM MASJID ADA KE?

Ada beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan Sultan Selangor dan beberapa orang mufti tentang politik di dalam masjid. Mereka beranggapan ini merupakan satu larangan yang tidak masuk akal kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah berpolitik di dalam masjid. Betul ke Rasululah pernah berbuat begitu? Saya hanya mengulas beberapa fakta manakala anda yang menetukannya.

Kalaulah ditanya pendapat saya, tentulah tidak. Rasulullah tidak pernah berpolitik di dalam masjid malah Rasullulah sendiri melarang orang bercakap tentang dunia didalam masjid. Akan tetapi Rasulullah sendiri pernah berbincang hal-hal pentadbiran di dalam masjid. Andakah anda mulai keliru? Sebenarnya tidak ada apa yang patut dikelirukan kerana politik dan pentadbiran merupakan 2 perkara yang berbeza. Pentadbiran merupakan sebahagian daripada politik. Politik merupakan kajian sains sosial yang berlaku dalam pemerintahan sesebuah Negara. Ideologi parti, krebiliti pemimpin, kemajuan Negara juga termasuk dalam suasana sainssosial politik . Dan kerana itu, kalau kita lihat dalam kamus dan artikel rasmi, kita biasanya menggunakan istilah parti politik, fahaman politik dan lain-lain. Pernahkah anda mendengar parti pentadbiran dan fahaman pentadbiran.

Saya pernah bertanyakan soalan ini kepada yang pakar. Namun sebelum dia menjawab soalan saya dia mengingatkan terlebih dahulu bahawa jangan samakan politik Islam dan politik sekarang. Kerana politik sekarang bersifat secular. Namun kalau kita kaji apa yang dikatakan itu ada benarnya. Ini kerana dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Iman Muslim berbunyi “Ketaatan kepada Imam (ketua) adalah kewajipan orang Islam selama ianya tidak perintahkan (kepada kamu) dengan mengerjakan maksiat kepada Allah, maka apabila ia menyuruh berbuat maksiat kepada Allah maka tiadalah ketaatan baginya”. Menurut hadis ini pentadbiran Islam memfokuskan kepada seorang ketua atau pemimpin, tiada persaingan dalam menjadi ketua. Seorang yang beragama Islam perlu mentaati pemimpin selagi mereka masih lagi mengikut ajaran Islam dan redha siapa sahaja yang menjadi ketua mereka walaupun orang itu bukan pilihan mereka sendiri.

Di Malaysia, sistem demokrasi menampakkan wujudnya unsur persaingan dalam merebut jawatan sebagai seorang ketua kerana wujudnya sistem politik kepartian yang berbeza dari sudut idoelogi masing-masing. Sekiranya terdapat unsur persaingan maka unsur fitnah memfitnah, hentam-menghentam, potong-memotong dan sebagainya sudah tentu akan wujud. Adakah orang yang menggunakan masjid untuk berpolitik akan bercakap soal kepentingan agama tanpa langsung bercakap soal kepentingan diri sendiri? Boleh mereka memastikannya.

Ingin saya menambah sedikit, dalam hadis ini juga merujuk kepada perlunya ada seorang ketua dalam mengurus sebuah pentadbiran sesebuah Negara. Tetapi kalau ditanya orang di Malaysia “Siapa peminpin kamu?” sudah tentu mereka akan menerima jawpan yang berbeza. Ketua memainkan peranan penting dalam mengukuhkan perpaduan dalam sesebuah Negara. Kerana kita mesti berkonsepkan kepada satu ketua, satu khalifah,satu arahan. Dan kita sebagai rakyat perlu sentiasa memastikan wawasan yang ditegakkan oleh seorang ketua mestilah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Akhir sesekali kepada mereka yang suka mereka-mereka cerita tentang Rasulullah s.a.w demi kepentingan politik masing-masing. Kembalilah kepangkal jalan, kerana budaya mereka-mereka cerita tentang nabi merupakan amalan Yahudi. Semoga para peminpin parti politik semuanya tidak lagi mencemarkan rumah Allah dengan najis keegoan mereka. Sekian.

Sunday, May 2, 2010

Satu Malaysia dan One Israel : Kalau sama apa masalahnya.

Satu Malaysia dan One Israel : Kalau sama apa masalahnya.

Bila melihat tajuk di atas sudah tentu ramai berangapan negatif terhadap saya. Mungkin ada yang mengelarkan saya sebagai munafik mungkin ada juga yang mengatakan saya pro-Israel. Biasalah umat manusia selalu taksub terhadap dendam mereka dan tanpa mereka sedari mereka sebenarnya telah ditipu akibat kefahaman yang kurang tentang agama. Sebelum perkara ini dihebohkan saya telah pun dimaklumkan oleh seseorang tentang persamaan ini, lalu saya pun menyatakan “sekiranya sama maka sesiapa yang mempunyai FaceBook sepatutnya digelar sebagai pro-Israel. Lelaki itu tidak menjawab apa-apa mungkin terjerat dengan perangkap sendiri.
Tidak semestinya apa yang dilakukan oleh Yahudi tidak boleh kita ikut tetapi bolehkah kita ikut orang Yahudi??? Hakikatnya,kita tidak perlu ikut tetapi sebenarnya orang Yahudi itu telah banyak meniru gaya hidup orang Islam, kita tidak sedari kerana fikiran kita telah diracuni oleh mereka. Mereka tiada cara hidup yang berkualiti kerana itulah bangsa Yahudi itu merempat dari zaman ke zaman. Bermula dari zaman Mesopotamia sehinggalah zaman Hitler. Maka dengan itu mereka meniru cara hidup orang Islam yang mereka rasa lebih berkesan dalam memajukan diri mereka agar tidak tertindas lagi. Namun sekarang orang Islam pula yang menjerumus ke arah gaya hidup orang Yahudi yang membuatkan kita lemah pada masa sekarang.
Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan Satu Malaysia. Hal ni kerana tiada definisi yang rasmi direkodhan, namun apa yang disebutkan oleh Datuk Najib, konsep ini lebih menjerumus kepada soal perpaduan kaum yang merupakan aspek penting dalam membentuk sebuah negara yang berjaya. Perpaduan begitu penting dalam sesebuah Negara ini terbukti dengan tumbangnya Malayan Union kerana kekuatan perpaduan orang melayu pada masa itu. Walaupun teknologi senjata orang melayu begitu lemah namun kehebatan dalam perpaduan itu membuatkan kita berjaya mengusir penjajahan dimuka bumi kita.
Adakah anda tertanya-tanya siapakah orang yang pertama sekali membentuk kejayaan negaranya melalui perpaduan ? Jawapannya ialah Rasulullah s.a.w. Selepas berhijjrah ke Madinah baginda menyatukan orang Muhajirin dan Ansar terlebih dahulu sebelum Masjid Nabawi didirikan. Walaupun ada orang Yahudi di situ baginda tidak pula mengusirnya sebaliknya mereka juga dilindungi jauh sekali ditindas. Walaupun Baginda tidak menggunakan istilah Satu Madinah tetapi formula penting ini jelas mendatangkan kejayaan sehinggalah Empayar Islam jatuh.
Saya tidak tahu mengapa orang Islam kini terlalu tidak berminat dalam mengkaji Islam sedalam-dalamnya. Islam merupakan agama yang menyarankan hambanya mengkaji. Sebelum Rasulullah dilantik menjadi Rasul pun baginda suka mengkaji tentang kejadian alam, sikap manusia dan lain-lain. Kita sekarang terlalu taksub dengan politik sehingga agama sendiri menjadi no.2 mungkin juga no.4 dalam hidup kita. Cara hidup orang Islam yang sebenar kini lebih dicedok oleh musuh dan kelakarnya kita menyatakan itu cara hidup musuh yang haram kita ikut, tak ke kelakar bunyinya tu.
Orang-orang Israel sedar bahawa perpaduan merupakan aspek penting dalam merealisasikan impian jahanam mereka. Sejak dahulu lagi mereka hidup berpuak-puak. Di dalam kelompok bani Israel itu terdiri beberapa kaum yang hidup berpuak-puak. Namun sekarang mereka melupakan perbezaan itu dan terus bersama-sama memainkan peranan mereka dalam membentuk cita-cita busuk mereka,orang Israel yang tidak tinggal di Israel,mereka tetap menyumbangkan sesuatu seperti bantuan kewangan.Mereka hidup bukan untuk diri sendiri tetapi mereka berperanan untuk kehidupan bangsa isreal yang lain. Perpaduan dikalangan umat Islam yang masih ada menjadi penghalang kepada mereka, dan kerana itulah mereka menjadi batu api dalam melaga-lagakan Negara Islam pada hari ini. Sebelum mereka menyerang mereka akan merosakan perpaduan terlebih dahulu. Kita dapat melihat apa yang berlaku di Iran,Iraq, Palestin, dan Syria. Selepas fasa pertama berjaya maka berlakulah fasa kedua iaitu serangan ketenteraan.
Saya bukanlah orang UMNO ataupun sepupu sepapat dengan orang UMNO tetapi saya orang Islam yang cintakan agamanya lebih daripada mencintakan pemimpin politik. Satu Malaysia walaupun tidak pernah diucapkan oleh Rasulullah secara zahirnya namun secara batinnya konsep ini meletakkan perpaduan lebih utama sebagaimana yang disarankan oleh Islam. Janganlah kerana terlalu berpolitik kita buta apa yang disarankan oleh agama dan janganlah kerana orang yang memperkenalkan itu seseorang kita tidak suka maka dianggap haram sesungguhnya yang benar tetap benar.Sekian