Monday, May 3, 2010

POLITIK DALAM MASJID, ADA KE?



POLITIK DALAM MASJID ADA KE?

Ada beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan Sultan Selangor dan beberapa orang mufti tentang politik di dalam masjid. Mereka beranggapan ini merupakan satu larangan yang tidak masuk akal kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah berpolitik di dalam masjid. Betul ke Rasululah pernah berbuat begitu? Saya hanya mengulas beberapa fakta manakala anda yang menetukannya.

Kalaulah ditanya pendapat saya, tentulah tidak. Rasulullah tidak pernah berpolitik di dalam masjid malah Rasullulah sendiri melarang orang bercakap tentang dunia didalam masjid. Akan tetapi Rasulullah sendiri pernah berbincang hal-hal pentadbiran di dalam masjid. Andakah anda mulai keliru? Sebenarnya tidak ada apa yang patut dikelirukan kerana politik dan pentadbiran merupakan 2 perkara yang berbeza. Pentadbiran merupakan sebahagian daripada politik. Politik merupakan kajian sains sosial yang berlaku dalam pemerintahan sesebuah Negara. Ideologi parti, krebiliti pemimpin, kemajuan Negara juga termasuk dalam suasana sainssosial politik . Dan kerana itu, kalau kita lihat dalam kamus dan artikel rasmi, kita biasanya menggunakan istilah parti politik, fahaman politik dan lain-lain. Pernahkah anda mendengar parti pentadbiran dan fahaman pentadbiran.

Saya pernah bertanyakan soalan ini kepada yang pakar. Namun sebelum dia menjawab soalan saya dia mengingatkan terlebih dahulu bahawa jangan samakan politik Islam dan politik sekarang. Kerana politik sekarang bersifat secular. Namun kalau kita kaji apa yang dikatakan itu ada benarnya. Ini kerana dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Iman Muslim berbunyi “Ketaatan kepada Imam (ketua) adalah kewajipan orang Islam selama ianya tidak perintahkan (kepada kamu) dengan mengerjakan maksiat kepada Allah, maka apabila ia menyuruh berbuat maksiat kepada Allah maka tiadalah ketaatan baginya”. Menurut hadis ini pentadbiran Islam memfokuskan kepada seorang ketua atau pemimpin, tiada persaingan dalam menjadi ketua. Seorang yang beragama Islam perlu mentaati pemimpin selagi mereka masih lagi mengikut ajaran Islam dan redha siapa sahaja yang menjadi ketua mereka walaupun orang itu bukan pilihan mereka sendiri.

Di Malaysia, sistem demokrasi menampakkan wujudnya unsur persaingan dalam merebut jawatan sebagai seorang ketua kerana wujudnya sistem politik kepartian yang berbeza dari sudut idoelogi masing-masing. Sekiranya terdapat unsur persaingan maka unsur fitnah memfitnah, hentam-menghentam, potong-memotong dan sebagainya sudah tentu akan wujud. Adakah orang yang menggunakan masjid untuk berpolitik akan bercakap soal kepentingan agama tanpa langsung bercakap soal kepentingan diri sendiri? Boleh mereka memastikannya.

Ingin saya menambah sedikit, dalam hadis ini juga merujuk kepada perlunya ada seorang ketua dalam mengurus sebuah pentadbiran sesebuah Negara. Tetapi kalau ditanya orang di Malaysia “Siapa peminpin kamu?” sudah tentu mereka akan menerima jawpan yang berbeza. Ketua memainkan peranan penting dalam mengukuhkan perpaduan dalam sesebuah Negara. Kerana kita mesti berkonsepkan kepada satu ketua, satu khalifah,satu arahan. Dan kita sebagai rakyat perlu sentiasa memastikan wawasan yang ditegakkan oleh seorang ketua mestilah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Akhir sesekali kepada mereka yang suka mereka-mereka cerita tentang Rasulullah s.a.w demi kepentingan politik masing-masing. Kembalilah kepangkal jalan, kerana budaya mereka-mereka cerita tentang nabi merupakan amalan Yahudi. Semoga para peminpin parti politik semuanya tidak lagi mencemarkan rumah Allah dengan najis keegoan mereka. Sekian.

2 comments:

Nur said...

plisss...bagi aku semangat.tolong...ergh..

ruqaiyah_shr said...

yg x eloknya ahli politik malaysia ni suka buruk2 kan antara satu sama lain..kadang2 dah jadi fitnah plak...